Laporan Terkini, Agong Berkenan Lantik Muhyiddin Yassin Jadi PM ke-8 Malaysia
Salam dan Hi!
Selepas seminggu negara dilanda kemelut kepimpinan politik, Malaysia hari ini bakal menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan.
Pelantikan Muhyiddin, 72, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Perdana Menteri kelapan, dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Ahli Parlimen Pagoh itu dilantik ke jawatan nombor satu kerajaan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lepas, sehingga mencetuskan krisis politik tanah air, menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa dan perubahan gabungan parti parti politik. - BERNAMA
Admin : Semoga negara kita Malaysia akan semakin aman dan makmur dengan pemerintahan baru YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Aminn. :)
Comments