..:: Bukan kerana harta, pangkat, mahupun darjat ::..

Salam reader's..

Oke. 
I nak share sikit pasal isu semasa zaman sekarang nih.
Nowadays, ramai yang sanggup lakukan apa saja demi cinta kan?
Tak kira la sape2 pun. Semua sama je.
Ramai yang cakap camni.
"Oh darling. Takpe darling. I sanggup hidup dan mati kerana u. I bukan mata duitan. I tak pandang harta, pangkat, mahupun paras rupa. Janji u sanggup sehidup semati dengan i..."

Buueekkkk!!!
Rasa nak termuntah pun ada dengar kalimah macam tu.
Pastu, dah lepas kahwin, sibuk pulak nak bercerai berai sebab si suami tak mampu bagi nafkah yang cukup. Walhal anak-anak dah berderet macam satu team bola sepak.

Mana pegi kepala otak orang2 kita ni??
Belajar tinggi melangit, tapi akal tak dak.

Memang tak dinafikan.
Duit bukan lah segala nya.
Tapi...bak kata Mak Dara dalam cerita Halimah Jongang tuh....
"Ko ingat, dengan cinta boleh ke pergi kedai pastu cakap kat tauke kedai tuh, 'oh abang..i ada cinta dan kasih sayang..boleh bagi saya beras sekilo..??'..hah?boleh ke??.."

Hmm..duit bukan segalanya.
Tapi, dalam dunia sekarang ni, mana ada benda yang tak pakai duit? 
Masuk tandas pun kena bayar 20sen cik oiii...

Oke.
Now. Sama2 lah kita renungkan..
Nak buat sesuatu, kena lah guna akal.
Kalau rasa tak mampu, tahan dulu nafsu dunia tuh.
Kalau dah agak2 boleh survive, baru la u alls start it..

Cheh..
I ni berkata2 macam org dah kahwin jek..
Ahaks..
Tapi, apa yang i cakap ni betul ke tak??
I admit yang kata2 i ni banyak betul nya daripada salah.


i ngan my chenta hati ni pun, 8 tahun lagi kot baru pkey pasal kahwin..hahaaha...
Oke la u alls.
Tata!

♥The End♥ 
  Photobucket

Comments

Lin said…
setuju2 dengan entri ini..
8 tahun lagi??
huhu..takut lin dengar ..hehehe~

Popular Posts