Cepat sembuh sayang! | Penyakit Talasemia (major)

Salam.

Actually I masih dalam shift kerja malam. Tapi disebabkan hari ni hari Jumaat dan hari ni Encik Kesayangan I offday, I keluar dengan beliau. Pergi settle semua bil-bil yang perlu di settle kan. Then perancangan awalnya kitorang nak pergi shopping barang-barang dapur. Tiba-tiba kakak supervisor I call. Dia inform I, salah seorang bekas staff front office, Hatika masuk hospital. 

Seriously I memang shock gila. Tiba-tiba masuk hospital. Sakit apa? Teruk ke? so, I contact Maybell then pakat nak pergi sekali melawat Ika. Yelah, sebelum nih dia macam takde sakit apa-apa. Excited lah I nak tengok dia. 

Sampai-sampai kat wad, I terus tanya dia macam-macam. Muka dia seriously sangat pucat. Tapi still boleh tersenyum, gelak-gelak ngan kitorang. I tanya dia apa penyakit dia? Dia cakap Talasemia. Penyakit apa tu? Apa symptom nya? Dia pun cerita lah. bla..bla..bla.. I sangat kesian dengan dia. 

Snap gambar dengan pesakit.

Penyakit dia nih dah tahap kritikal. Masa mula-mula kitorang sampai, muka dia sangat pucat. Masa tuh dia tak pakai spek. Lagi lah nampak mata sembab. Kesan tempat masuk darah. Rupanya, selama ni dia hidup dengan darah penderma. Setiap empat bulan sekali, dia akan dimasukkan darah baru. Sebab darah dia sendiri tak mampu berfungsi dengan baik. Balik je dari hospital, I terus google pasal penyakit dia. Berikut adalah serba sedikit info tentang penyakit beliau. I dapatkan dari website wikipedia.

Talasemia (bahasa InggerisThalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripadaparu-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Jenis Talasemia

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Pembawa Malaysia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)

Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)

Tanda dan gejala penyakit Talasemia

  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas.
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

Rawatan penyakit Talasemia

  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Saringan Talasemia

Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.
I doakan, Ika cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Walaupun, beliau dah tak bekerja dengan kitorang, tapi kesakitan beliau amat dirasai. Ika akan dipindahkan ke Pusat Darah Negara Kuala Lumpur untuk rawatan selanjutnya. Semoga cepat sembuh, sayang! 
Photobucket

Comments

syafiqa said…
semoga kawan anda cepat sembuh.
sampai kan salam ye.
syira said…
sebab tuh sebelum kahwin kena check pasangan dan diri sendiri ada thalassemia carrier (pembawa) atau tak. hehe
Syimama said…
terharunya baca ni... bayangkan kalau kena pada diri, apa perasaan... takziah pada kawan tu, moga dapat pertolongan dan sihat segera.
Nurulchumel said…
@syira

ni yg takut nak kahwin ni.
:(
Nurulchumel said…
@Syimama

insyaAllah.
doakan beliau ye. :(

Popular Posts