Salam.
Korang suka makan durian? Tak? Ehh. Kenapa tak suka? Kalau tak suka, sila transfer dekat rumah I. Sebab I suka makan durian! HAHAHA! Tapi I tak la addicted sangat nak makan durian sampai termimpi-mimpi kan. Tadi I keluar dengan Encik Bobo. Pastu I pulak teringin nak makan durian. Encik Bobo bawak lah gi tempat jual durian kat tepi jalan tuh. Beli sampai 5 kilo oke. Muahahaha!! I makan sorang!
Sampai-sampai rumah, I suruh Encik Bobo tolong buka kan durian tuh. I tak reti. Siap mak cik owner rumah nih nampak lagi kitorang bawak balik durian. HEHE. Encik Bobo siap suruh jugak I bukak sendiri durian-durian tuh. Sebab dia dah suruh orang jual durian tuh bukak sikit tadi.
Bobo : Sayang bukak lah sendiri durian nih. Kan tadi saya dah suruh cina tuh buka sikit.
Nurul : Alaa.. Tolong lah. Saya mana reti. Bobo : Buka jela macam biasa. Apa susahnya.Nurul : Awak nih kan. Tolong pun tak nak. Kang saya buka sendiri, tangan saya luka macam mana? Huh!Bobo : Yelah-yelah. Saya bukak kan..
Yess! Dia kena tolong jugak! Sayang juga dia dekat I. HAHA! Bila dah buka tuh, saya masukkan dalam Tupperware. Bagi kat dia sikit. Suruh dia bawak balik. Yang I punya, I terus simpan dalam fridge.
Housemate I balik. Dia cakap, kenapa I buka durian tuh semua sekali? I cakap lah yang I tak reti bukak. Dia gelakkan I. Dia cakap I kelakar. Dia reti bukak durian. Ciss! Mana I tahu. Dia tak pernah bawak balik durian. Pastu kitorang borak-borak lah kat dalam bilik. Tengah syok-syok borak, tiba-tiba makcik owner rumah I panggil dari luar.
I tengok ikut tingkap. I tanya kenapa? Dia kata, ada cina bawak lori jual durian borong. Perghh! Sekilo RM 1.50 jek. Ciss! Menyesal I beli tadi. Kitorang pergi tengok. Housemate I siap beli 10 kilo. Dia kata nak bawak balik kampung. Dah la murah, besar-besar pulak tuh. Geram I.
* Durian-durian yang memikat hati! wow!
Kesimpulannya, kalau siapa-siapa yang tak suka durian, sila transfer dekat rumah I. I suka makan durian. Yang ada buat bubur durian ke, tempoyak ke, kalau tak suka pun, boleh hantar rumah I. I suka. HAHA! ❤
Comments
mohhh amek durian kat uma lisa ni cik nurul.lisa da penat nak tutup hidung dan mata nampak duria depan bijik mata kat dapur ni. huhuhuhuh
apa kata eina pos kat sini?
hehe. :)
alahai. durian la sedap.
tapi kalau mkn byk2 muak gak tuh. haha.. ;)
haha..sedap kan?
:)