Skip to main content
Padah menangis setiap malam
Salam.
I rasa, tak perlu lah I nak show-off sangat apa sebab I menangis kan? Hmm. Entah, mungkin keadaan memaksa I menangis. Ataupun, memang dia diciptakan untuk membuatkan I menangis. Dulu, dia pernah berjanji yang dia takkan buat I menangis. Sebab bila I menangis, muka I tak comel macam selalu. :P
I dengan dia terpisah bukan I yang minta. Tapi atas desakan belajar. Huh! Siyes ah. Bila I dah kerja sekarang neh, I rasa belajar tuh bukan important sangat. Maybe ianya penting untuk orang yang amek course yang melibatkan office, business, admin, accounting. Tapi kan, untuk bekerja dalam sektor perhotelan, tak payah kot nak kejar degree ke, master ke, PhD segala bagai. Tak payah kot. Sebab yang jadik bos-bos dekat hotel neh semuanya based on experience. Kau ada diploma ke, degree ke, master ke, apa diorang peduli? First question yang diorang akan tanya, ialah how much your experience? How many years you work with so and so...?
Tapi dia nak belajar jugak. Takpe. I bagi dia pergi belajar. Pergi lah. I trust him so much. I takde suruh dia pergi study, then dalam masa yang sama, suruh dia pergi tengok wayang, enjoy dekat Genting, join geng photoshoot ape benda tah, join camping sana sini, melepak tengok bola dekat kedai mamak, karaoke, join benda benda yang takde kait mengait langsung dengan study dia. I lepaskan dia pergi sana bukan untuk benda lain, dan I pasti yang parents dia pun takde suruh dia pergi sana untuk benda lain selain study.
Walaupun dia selalu buat, I tetap sabar. Alasannya, "alahai..takkan saya tak boleh berkawan langsung? kat sini saya ada diorang je, awak bukannya ada pun..." Hey, aku bukannya queen control sangat. Sebab tu sampai kau buat apa pun aku tak kisah. Tak appreciate langsung segala pengorbanan aku, air mata aku. Kau sia-siakan harapan aku. Tak boleh aku bersuara sikit, kau dah melenting. Kau utamakan kawan-kawan kau yang tak ke mana tuh. Maybe kau akan kahwin dengan diorang, kongsi hidup dengan diorang kot.
Apa yang I cakap, langsung dah macam takde guna. Mungkin I dah tak penting dalam hidup dia. Sebab tu segala keputusan yang dia buat, I tak payah menyibuk nak tau kan. Air mata I masih belum kering. Masih basah mengenangkan dia. Mata pun dah bengkak, suara pun dah serak. Budak office pun dah tanya kenapa. I tetap membisu. Maybe ini yang dia suka. Melihat I hidup dalam air mata.
Hari neh hari Jumaat. Actually, I harapkan dia akan balik pujuk I. Tapi hampa. Setiap hujung minggu, ada je kem lah, aktiviti itu lah ini lah. Hati kawan lagi perlu dijaga berbanding dengan hati I. Hati yang senang senang boleh dipijak, dibaling dalam tong sampah. Dengan titisan air mata yang semakin deras ini, aku relakan kau pergi.
Comments
kita sama2 rasa benda ni..
lelaki kdg2 lebih mementingkan sahabat diorang dari gf and tu tak bermakna dorg tak caring kat kita..
tp masa ni je lah yg diorang ada tok kwn2 sebelum diorang bergelar suami..
bila kita dah sah jadi milik dia @ isteri, insyaallah, semua urusan yang dia lakukan, kita yang akan diutamakan..sabar sis..
syieda xnak akak sedih2...smile please...^_^
hmm. thanks for ur advice dik.. :'(
takleh nak senyum lah dik. dah berhari2 mcm neh. akak dah tak kuat dah.. :(
thanks dear.. :(
thanks sebab shared ur experience.
maybe betul. lelaki tak suka di -control. Tapi perhatian dengan pmpn tuh penting. baru lah kita tak control dia. kan?
hope lepas neh I takkan menangis lagi kerana bergaduh dgn dia.. :(