Skip to main content
Awak, saya macam nak demam la.. :'(
Salam.
I rasa macam nak demam lah korang. Mana tak nya, dah basah kuyup kena hujan. Dah la baru lepas keluar dari panggung wayang. Memang menggigil habes lah. Apa lah nasib I hari neh...
Actually petang tadi lepas balik kerja I terus shoot pergi Jusco sebab dah janji dengan kawan I, Ros nak tengok wayang. I dah suruh dia belikan tiket awal awal. So lepas dah sampai Jusco, I terus jumpa dia and masuk wayang.
I tengok movie cerita "Bini - Biniku Gangster". Esok jek lah I review movie tuh. Main point yang I nak story sekarang neh adalah peristiwa selepas I balik kerja. Keluar jek dari Jusco, kitorang terus tunggu bas dekat depan Jusco. Bapak lama, sampai hari pun gelap. Bukan gelap nak malam tau, sebab gelap nak hujan. Ros tunggu bas yang direct terus pergi Banda Hilir. Yang I neh tunggu bas yang apa apa pun I layan jek.
So tunggu punya tunggu, sampai lah hari hujan. Then hujan pun turun dengan lebatnya. Kalau setakat air hujan jek takpe, nih sekali dengan angin ribut sekali. I keluarkan lah payung yang Encik Bobo belikan untuk I. Konon konon nak cover diri dari basah lah kan. Sekali angin kuat gila sampai patah payung I. Sedih gila. Dah la payung tuh warna pink. Sangat sedih. :'(
Kitorang melintas pergi bus stop depan Tesco. Tapi macam takde guna pun. Sebab angin terlalu kuat. Dan baju kitorang dah habis basah lencun. Duit seringgit yang I spare dekat tangan untuk bayar tambang bas tadi dah renyuk habis. Tunggu dalam 10 minit, memang dah tak tahan dah kan kitorang terus tahan teksi. Kitorang terus tanya, tambang sampai rumah kitorang berapa ringgit. I pergi Kampung Morten RM10, then kawan I pergi Banda Hilir RM20.
Nak tak nak terpaksa naik. Sampai rumah, menggigil. Terus mandi, solat. Lepas tu macam tau tau jek Encik Bobo call pulak. I pun mengadu lah dekat dia. Lepas dia call, I text dia.
I : Awak, macam nak demam la... :(Dia : Umah ada ubat tak? Pergi makan panadol or soluble..I : Hm.. Kalau jumpa awak mesti demam saya terus baek.. =.="Dia : Ala.. nak wat macam mana sayang..I : Makin sakit la macam ni.. :SDia : Jangan macam tu sayang..I : Janji dengan saya, bila awak nak balik?Dia : Saya tak tahu la sayang.. Takde pape saya balik la..I : Nak demam seminggu lah!
Merajuk. Tu jek yang I tahu. Memang lah. Kalau dah jauh, pasal demam pun boleh jadik point. Korang pernah macam tuh tak? Ke, memang I yang mengada ngada sangat? hmm. sedih lah! grr.. ~
Comments
ngeee.. :)
dah makan ubat tp still tak kebah lagi.. hhuhuh.. :(
tau takpe.
biasa la, pompuan.. :)
thanks.. :)