Jadi Tourist Guide. Best jugak kan? =P


Salam.

Pheeww. Penat. Siyes penat rupanya kerja jadik tourist guide neh. Yelah, bawak orang yang tak tau jalan, memang sangat meletihkan. Actually takde la tourist guide sangat. Cuma siang tadi I bawak family auntie I yang dari Kota Tinggi berjalan pusing Melaka. They all dah checked in di hotel tempat I kerja tuh semalam lagi sebenarnya. Tapi semalam I kerja petang. So, tak dapat lah nak berjalan sangat. Then hari neh I offday. Tu yang I kena bawak they all semua berjalan tuh. 

Dalam pukul 12.30 tengah hari, we all gerak dari hotel, terus pergi makan dulu. I bawak diorang makan dekat warung tepi sungai yang selalu I makan tuh. Tempat tuh best, sebab tuh I selalu pergi. Tepi sungai, nampak lah river cruise lalu lalang. Lepas makan, kitorang terus gerak pergi nak River Cruise. Semua sekali 13 orang. 7 dewasa, 6 kanak kanak. Hehe, actually it was my first time naik river cruise. Dah bertahun stay kat melaka, tapi tak pernah sekali pun naik river cruise. Ada jugak I ajak bobo, tapi biasa lah. Macam macam alasan. Harga tiket, RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak kanak.

#muka happy, first time naik river cruise la katakan. :P

# with my auntie.

# with my cousin, Anissa.

#pemandangan. sebenarnya nak focus kat kampung morten tuh. :P

# si Anissa neh yang hamek gambar, teror tak?

Tengok video jap! :)


Lepas dah settle naik river cruise, kitorang gerak pergi area rumah merah. Parking memang payah gila. At last, I decide park dekat belakang kapal Flora De La Mar jek la. Korang tau ke hape benda tuh? Alahai, kapal bahtera besar yang kat Banda Hilir tuh la. Ni haaa...

credit photo to : mista google :)

Kitorang berjalan dekat deretan kedai kedai cenderahati untuk membeli belah. Biasa lah, bawak orang yang bukan orang melaka, kena lah usha souvenir kan? Lepas dah setel membeli belah, kitorang jalan kaki pergi makan cendol. Kedai cendol neh paling famous lah kat sini. Tempat dia betul betul berhadapan Clock Tower. Nama kedai dia, Cendol Jam Besar (Clock Tower). Korang boleh la try lepas neh. :P


#menu card!

Bila dah kenyang makan cendol tuh, kitorang meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, iaitu Menara Taming Sari. Yang ini, kali kedua I naik. First time naik mende neh dengan member I. Tapi sebelum tuh, kitorang macam malas gila nak berjalan kaki ke menara taming sari. So, diorang decide nak naik beca. Syok ohh! Jom tengok video. Takde gambar. hehe. 


Beca tuh berhenti kan kitorang betul betul depan Menara Taming Sari. Harga tiket nya sama macam naik river cruise tadi. RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kanak kanak. Yang time neh I tak amek gambar. Gambar semua dekat camera women. Sebab dia yang bawak kamera canggih. ngeee.. :P

Lepas turun dari Menara Taming Sari, kitorang pun jumpa dengan family auntie I yang dekat Merlimau tuh. Rindu gila dekat Soffiyyah! Diorang ajak pergi masuk Dataran Pahlawan. So kitorang pun follow jek la. Comel gila soffiyyah tocang rambut dia. Rasa nak geget!

#budak kecik yang sangat ingin di-geget!

#cik ayu-soffiyyah-budakcomey(teetttt!)

Lepas diorang ber-shoppink dekat Dataran Pahlawan, uncle I bawak pergi makan Asam Pedas Kaw dekat belakang hotel Straits Meradian (dulu). Dekat situ agak famous jugak dengan roti canai terbang. Bukan setakat itu jek, kita boleh order satay, western food, dan sebagai nya. Muka masing masing dah keletihan. So, lepas makan diorang dah tak sabar nak balik hotel. 

I dengan family auntie I hantar diorang semua balik hotel. Rilex kejap dekat bilik diorang, lepas tuh I dengan family auntie I pun berangkat pulang. Cheh! Macam jauh gila plak rumah I. Macam tuh la berakhirnya kisah I yang konon konon jadik tour guide. Maybe kali neh kelam kabut sikit, sebab bawak budak kecik ramai ramai. But maybe next time it will be more proper. HEHE! Biase lah, kerja last minute neh memang kelam kabut. Tak expect pun I boleh bawak diorang cam neh. Yang penting, I tak keluar satu sen pun. Itu yang penting. Keh3! So lain kali boleh la upah I jadik tour guide kalau korang nak datang Melaka yek! chiao! :P

psst! Semua gambar di atas adalah gambar henpon cikai I jek. Gambar gambar yang cun melecun will be upload later. Maybe kat fesbuk jek kot. hehe. Tak transfer lagik. :P

Photobucket

Comments

Ibu Aqmar said…
wah..sonok jalan2 kat melaka, dh banyak kali p sna..tp masih tak puas2 lagi jalan2 kat sana..hehe
Nurulchumel said…
@AkmaFaizal

kite yg dok melaka pun tak habes pusing lagik. hehe..

Popular Posts