Kerja vs kepura-puraan

Salam.

#Entry penuh emosi. No picture attached. So kalau nak baca kena fikir dua tiga kali dulu. Kalau agak agak malas, just leave it without any rubbish comments. 

*****************************************************************************

Maybe ramai yang dah tau yang I dah pun tender resignation letter for my current job. Start on 1st April, no more Avillion. Tak kisah la apa orang nak cakap. Hanya I yang rasa dan hanya I yang tahu apa punca I nak resign. 

Bukan kerja kat Avillion tak best, 2 tahun lebih I bekerja untuk Avillion. Hasilnya, mereka naikkan pangkat I dari Guest Service Assistant (GSA) ke Senior Guest Service Assistant (SGSA). Just two month ago. Tapi macam macam perkara yang I lalui sebelum itu. Pahit manis masam tawar semua bercampur. Tapi walaupun kerja kita oke, tapi kita tak happy pun susah jugak kan?

I kerja bawah seliaan seorang supervisor perempuan yang hanya pandai bercakap. Wah, kalau cakap dia je yang betul. Dia je yang baik. Dia paling alim ulamak. Dia lah yang paling perfect. Orang lain semua salah. Orang lain semua tak betul. Semua orang kena ikut cakap dia. Konon dia kata dia sangat care dengan staff dia. Boleh give and take. Tapi kalau orang nak cuti, dia pun nak cuti sampai orang yang ada hal urgent tu terpaksa kena kerja sebab nak full false. Tu apa cerita? I terpaksa cancel kan interview I dekat KLCC semata mata sebab dia cuti. Orang lain tak boleh cuti. Kalau orang lain cuti, pandai mengata orang tu. Cuti nak celebrate birthday ayah la, birthday mak la, birthday boyfriend la. Sedangkan dia tu, amek cuti sebab adik nak balik lah, anak sakit lah, nak pergi dating la. Apa cite? Itu sebab pertama.

Sebab kedua. Ada hantu talam dua muka dekat Avillion ni. Satu workstation dengan I. Pangkat sama dengan I. Wah, belakang si A dia kutuk si A dekat si B. Belakang si B dia kutuk si A. Hantu. Memang kerja dia menghasut dan memecah belahkan la. Yang paling tak boleh blah, dia mengutuk orang macam dia tu perfect sangat. Kutuk badan orang lain gemuk la, debab la. Padahal dia lagi teruk. Lagi gemuk. 

Now, bila diorang semua tahu I dan one of my colleague dah tender resignation letter, diorang yang suka ber-propaganda neh mula lah carik masalah. Carik pasal. I yang dah dua minggu kerja afternoon shift, terpaksa kerja afternoon shift lagi minggu ni. Sakit tak hati korang bila awal awal korang tengok schedule korang actually kerja morning shift, tiba tiba bertukar jadik afternoon shift. Dah plan macam macam dah. Tiba tiba boleh bertukar. Sakit tak hati korang? Haaa.. lagi satu, sakit tak hati korang bila orang mengejek korang macam ni, "Nurul yang paling gemuk kat sini. So Nurul la kena naik kat tingkat 7 pergi fotostat. Gemuk! Gemuk!" Sakit tak hati korang? 

I saja jek tak buat entry ni sebagai entry berpassword macam entry berpassword sebelum ni sebab I sengaja nak sape yang terbaca tu, teruskan membaca. I tak berniat nak malukan sesiapa dekat sini sebab I pun tak mention who's the name of that furled. Cuma I nak lepaskan apa yang terbuku dekat hati I neh. Sakit nya Allah je yang tahu. Hanya Allah yang mampu membalas segala perbuatan diorang pada I. Moga Allah tunjukkan kepada mereka suatu hari nanti, bahawa I pun masih ada perasaan yang bukan boleh dibolak balikkan sesuka hati diorang. 

I tak pandai nak marah marah. Siyes, I kalau marah I sendiri yang akan menangis. Macam semalam, orang yang sama jugak. Dia perli I, sikit sikit nak menangis. Gurau gurau cakap gemuk pun nak menangis. Hey, its up to me la. Nak menangis ke, nak meraung ke I punya suka la. Yang kau pun satu. Ada mulut tu jangan nak main lepas jek. Kalau orang cakap pasal kau, pandai pulak kau nak mengamuk. Tapi wah kalau kau cakap pasal orang lain, sedap je mulut kau kan? Bagus la. Duduk la korang dalam kepompong kepura-puraan ni. Yang penting, lagi 4 hari aku akan keluar dari sini dan aku tak ingin nak mengadap muka korang lagi. Moga tuhan ampunkan dosa korang terhadap aku. Tapi untuk memaafkan korang, aku terpaksa ambil masa yang lama untuk lupakan segala perbuatan korang. Sighhh.... :'(
Photobucket

Comments

TS said…
xpe dear...
hope after this u lebih happy k..
be strong dear..
Anonymous said…
sbr ye akk :)
Cik Jannah said…
doa org2 terianiaya diangkat Allah. doa lah semoga mereka sedar kesilapan mereka tu :P
AiniHalim said…
let everything u've gone thru will fade away and make it pass. i have been this kind of situation like u. 2 yrs i've been patient and i'm glad tht i'm no longer working there.

Life must go on..
m_andakhuza said…
dear adik syg,

saba taw..
namo sedey2..
xpe mybe 1 day dieorg akan dapat balasannye..
btw so lepas ni awk keje ktne?
just worried =="
saba la bey.. harap2 pasni ko epi kt tmpt bru..
aku pn de kwn cm ko.. suke api2kan kwn supaya gado.. kutuk org mcm diri die perfect.. last2 kantoi, pdn muke die..
Nurulchumel said…
@BrightEye

huhu..
glad i already get a new job.
hope don't have this kind of people there.. :(
Nurulchumel said…
@m_andakhuza

kerja hotel jugak kak..
nak kerja ofis mcm akak takde qualification. dah terlanjur amek course hotel management time study dulu, so padan muka kite. huhu.. :(
Nurulchumel said…
@Lydia Shaizrina Shukri

aku just mampu berdoa agar suatu hari nanti dia akan dtg minta maaf dgn aku bila dia dah sedar dengan kesilapan dia. :(
Cik Eyra said…
Sabar nurul...
kite fhm prasaan awk,mcm2 ragam ade kt tmpt keja ni..
hope awk tabah hadapinya kayh!
be strong :)

Popular Posts