Accidentally Holiday
Checking! Terkezut Mael Lambong!
Bilik dia so-so je la. Katil queen-sized. Provide pillow 2 jek. Pastu selimut bukan main kecik. Kena main tarik tarik nak cover diri dari kesejukan air cond. Nasib baik la LCD flat screen TV. ;)
Lepas dah kritik kritik hotel tu, kitorang pun keluar. Kelaparan punya pasal. Kitorang tunggu Bobo sebab si Bobo nak ajak pergi Puchong. Makan "Burger Bakar". Dia kata best. Meh try!
Burger Bakar KawKaw Lokas Makana.
Burger tu memang sedap. Tapi besar sangat. Memang kenyang gila dan tak elok untuk kami yang sedang ber-diet ni. Tapi bedal jugak la. Sebab mengidam dan once in the blue moon jek dapat jejak kaki ke sana. Kan kitorang paling busy kat Melaka ni. Kah3!!
Lepas melantak, kitorang balik hotel dan membongkang. Esok pagi nya, kitorang check out awal tuh. Pukul 9.30 pagi dah check out. Nak tahu sebab apa? Ngee.. Mesti la sebab Meatball Ikea. Kang kalau pergi lambat kang traffic jammed pulak. Kitorang sampai sana dalam pukul 11 pagi pun dah ramai gila beratur nak makan. Nak carik tempat duduk memang sangat mencabar.
Sabar menunggu. Mencabar kan? Ngeri tak??
Finally, dapat makanan setelah beratur selama 1 jam.
Lepas puas mencekik, kitorang jalan jalan dekat dalam Ikea tu. Memang ramai gila manusia dalam tu. Sebenarnya I pun nak membeli sesuatu kat dalam tu. Tapi memandangkan dah ramai sangat manusia kat dalam tu, so I batalkan jela hasrat tu. Huwaaaa!!
Best nya berangan dalam banjiran manusia yang ramai! :)
Kitorang parking kereta dekat dalam The Curve sebenarnya. So kena la pergi balik ke The Curve untuk meneruskan perjalanan. :)
Kitorang keluar dari dua tempat yang menyesakkan tu menuju ke tempat yang lebih sesak iaitu Starhill. Saja jek nak melawat sisters properties YTL Hotels dekat sana. FYI kan, Starhills Gallery, JW Marriot, Ritz-Carlton tu semua under YTL Groups. Even broadband 4G Yes pun under YTL. So, kitorang datang la melawat. Tak boleh blah, sekali masuk parking RM7 oke. Mahal ya amat!
Kitorang dapat bertemu janji sekejap dengan kakak kesayangan I, Kak Maslina. Kitorang jalan jalan kejap, lepak lepak, ngumpat ngumpat, amek gambar posing sane sini, pastu berpisah. HUHU! Sedih. Kejap je dapat jumpa Kak Mas sebab waktu tak mengizinkan. Kan nak menghantar si bobo ke Shah Alam lagi. Nak balik ke Melaka dah pukul berapa pulak.
Comments