Tak tahu macam mana nak describe perasaan I sekarang ni. Hati I betul betul terluka. Sakit sangat. Betul betul sakit. Mungkin ini kali terakhir I bicara kan pasal cinta. Cinta insan yang I anggap paling setia dan paling menyayangi I sepenuh hati nya. Hanya titisan air mata yang mengiringi I tatkala I menaip entri ni.
Semalaman I menangis mengenangkan betapa sakitnya hati. Kejam kah I bila I buat keputusan seumpama ni? Cukup lah. I tak mahu memendam. I tak mahu rasa sakitnya bercinta. Segalanya hanya Allah yang maha Esa yang menentukan. Dan mulai hari ini, detik ini, I nekad. Cinta I hanya untuk lelaki yang sudah sah menjadi suami I bermula dari selesai lafaz akad nikah, hingga akhir hayat I. Ah, cinta dunia. Semuanya sementara kan? I tak mahu kebahagiaan akan datang akan hancur hanya kerana kesilapan hari ini.
I lepaskan dia. Insan yang penuh gelak tawa, gurau senda, bahagia bersama. Biar dia mencari kebahagiaan dirinya. Biar dia bahagiakan keluarga dan juga dirinya. I tak mahu menjadi penghalang utama untuk dia berjaya. Tiga tahun menanti, I rasa dia tak bahagia ketika bersama dengan I. Dia tak bebas untuk buat apa pun. Sekarang, I sedia lepaskan dia. Oh, sepatutnya dari dulu lagi I dah buat macam tu. I tak sepatutnya mengikat dia, mengongkong kebebasan dia. Hidup I penuh dengan warna warni cinta duniawi. Tapi I lupa cinta agung yang maha Esa.
Mungkin sudah terlambat untuk menangisi, meratapi. Tapi apa yang I buat sekarang adalah yang sepatutnya. I serahkan segalanya pada takdir yang maha Esa. I tak nak apa apa komitmen sebelum waktu yang sepatutnya.
Sudah beribu kali I ulang lagu ni. Lagu "Hakikat Cinta" yang I rasa memang ianya diciptakan sebagai simbolik kisah cinta kami. Cinta yang tiada lagi. Hanya air mata yang mengiringi setiap bait bait lirik lagu ni. Terima kasih untuk cinta awak yang sangat indah sebelum ini. Mungkin awak tak menjangka saya akan bertindak senekad ini. Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati saya. Thanks awak, for every single things yang awak dah lakukan hanya untuk cinta saya. Saya hargai semuanya.
Sedih jg kisah nie.. Apesal la aku terlayan kisah cnta nie.. hehe.. Apepon memang sedih. mereka yang pernah putus cinta akan dapat merasai kesedihan ini...
InsyaAllah. Doakan yg terbaik utk Nurul ye kak. Betul. Single x semestinya kesunyian. Buat masa ni, hati ni masih tertutup untuk insan yg bernama lelaki. Tp mungkin satu hari nanti akan terbuka kembali utk insan yg bernama SUAMI.. :'(
Nurul mesti tabah ok! Takpe, yang dah berlaku biarkan berlalu. Kadang² tak semua benda kita boleh selesaikan dengan tindakan. Hanya masa yang berlalu akan meredakan segalanya. Jangan bimbang, ini dugaan ALLAH sebab ALLAH menduga setiap hambaNYA dengan dugaan yang mereka mampu pikul. So you are the chosen one! Mesti tabah & sabar ya! Tanpa dugaan, kita takkan tahu sejauh mana kematangan, kesabaran & kekuatan kita kan? :) Take care ya! :)
My pray always for u dear :) Trust me, bila Nurul jumpa someone yang better & dia dialah suami Nurul ketika itu, pasti Nurul akan bersyukur dengan apa yang mengguris hati pada waktu ini. :) Mesti yakin dengan ALLAH : ALLAH akan gantikan dengan yang jauh lebih baik nanti. Semua tu hanya dalam pengetahuan ALLAH kan.. :) For the time being, sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang menggembirakan tau! May ALLAH heal your soul, dear.. ^^ Take care.
Comments
Doakan kebahagiaan aku k.. :)
thanks meya.
doakan akak yek!
belum ada jodoh lg la..
huhu
InsyaAllah. Doakan yg terbaik utk Nurul ye kak. Betul. Single x semestinya kesunyian. Buat masa ni, hati ni masih tertutup untuk insan yg bernama lelaki. Tp mungkin satu hari nanti akan terbuka kembali utk insan yg bernama SUAMI.. :'(
Nurul mesti tabah ok! Takpe, yang dah berlaku biarkan berlalu. Kadang² tak semua benda kita boleh selesaikan dengan tindakan. Hanya masa yang berlalu akan meredakan segalanya. Jangan bimbang, ini dugaan ALLAH sebab ALLAH menduga setiap hambaNYA dengan dugaan yang mereka mampu pikul. So you are the chosen one! Mesti tabah & sabar ya! Tanpa dugaan, kita takkan tahu sejauh mana kematangan, kesabaran & kekuatan kita kan? :) Take care ya! :)
thanks.. pray for me ya!
sabar ye.. Ikhlas kerana Allah.. 1 hari nanti Dia akan bagi pengganti yang lebih baik. =)
trust me. :p
Trust me, bila Nurul jumpa someone yang better & dia dialah suami Nurul ketika itu, pasti Nurul akan bersyukur dengan apa yang mengguris hati pada waktu ini. :) Mesti yakin dengan ALLAH : ALLAH akan gantikan dengan yang jauh lebih baik nanti. Semua tu hanya dalam pengetahuan ALLAH kan.. :) For the time being, sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang menggembirakan tau! May ALLAH heal your soul, dear.. ^^ Take care.
Inn shaa Allah kak.. Doakan yang terbaik buat Nurul yek..
Huhu.. Pressure sampai lupa semuanya. Pastu ada masa utk enjoy kan? Hurmm.. Dah takde jodoh la yunk.. nak wat cane.. :(
Thanks dear! <3