Doa Mohon Ketabahan Hati | Ketenangan yang dicari

Salam.

#Penggunaan kata ganti nama "AKU" digunakan untuk entri ini. Harap Maklum.

Dulu, blog ini bagaikan separuh dari hidup aku. Tak update blog sehari memang tak sah. Segala perjalanan kehidupan seharian aku diabadikan dalam blog ini. Tapi sekarang, banyak yang aku terpaksa simpan. Simpan dalam hati. Sampai kadang kadang hal yang aku simpan tu memang hanya aku sahaja yang tau. Tiada siapa yang tahu apa yang terbuku dalam hati aku. 

Ya, banyak hal yang berlaku dalam hidup aku. Macam macam kesedihan yang aku alami. Entah la. Aku sendiri tak pasti. Apakah kesedihan ini aku yang cipta sendiri atau memang sudah kehendak Illahi. Aku bingung. Tapi dalam masa yang sama, aku tidak boleh terus melatah. Aku harus bangun dan kuat. Hati aku hancur, fikiran aku berkecamuk. Aku buntu.

Redha. Ya. Aku harus redha. Dalam waktu aku susah begini, tiada siapa yang boleh bantu aku selain DIA. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati aku. Dalam nya luka. Punah nya harapan aku. Semuanya datang dan pergi begitu pantas dalam hidup aku. Aku penasaran. 



Sahabat yang aku sayang. Sayang sangat. Aku ada mereka. Walaupun kadang kadang aku rasa aku bersendirian. Aku masih ada mereka. Sahabat gembira dan airmata. Mereka yang banyak bagi aku semangat, bagi aku harapan dan bagi aku sokongan untuk terus kuat. Kadang kadang memang ada tingkah laku aku yang tak kena di mata mereka. Tapi aku tau, mereka buat macam tu sebab tak nak hidup aku semakin merana dan semakin kecewa. Mereka tak nak aku hanyut dan khayal dengan dunia aku sendiri.

Adakalanya, aku bersendirian membawa diri. Entah ke mana aku pergi pun aku tak tahu. Aku berjalan tanpa arah. Pada zahirnya aku nampak kuat. Pada luarannya aku tampak begitu tabah. Tapi hakikatnya dalam hati aku merana. Aku menderita. Aku rasa kosong. Aku rasa bingung. Aku lemah!

Dan hari ini, aku meratap lagi. Aku menangis semahunya. Aku lepaskan segalanya seperti selalu. Selagi hati ini kosong tidak berpenghuni. Selagi aku masih keseorangan. Selagi aku masih memendam. Aku pasrah dengan ketentuan. Aku redha dengan takdir hidup aku. Aku berserah hanya padaMu Ya Allah!

"Allah TIDAK MEMBERI apa yang kita HARAPKAN tapi DIA beri apa yang kita PERLUKAN... Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka... Tapi jauh di atas segalanya, DIA sedang MENGATURKAN yang TERBAIK dalam kehidupan kita... Jalan yang dipilih Allah itu akan indah pada masanya.." ♥



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Photobucket

Comments

saba bnyk2 k.. mybe sume ni de hikmah.. pasni xde da 14 julai ntuk kte.. tggl aku sorg2 jek..:(
emieysandra said…
Sabar ye nurul, emiey pn sdg diuji & perlukn ketenangan hati, nk save la doa tu.

P/s : rindu nk hangout ng nurul, klu ade plan nk dtg langkawi gtau ea, emiey dok perlis skg >,<
Nurulchumel said…
@emieysandra

InsyaAllah..
Rindu emiey jugak!! >.<
Nurulchumel said…
@Lydia Shaizrina Shukri

Aaaaa... Lydia!!!
Jangan la sebut2 lg pasal tarikh tu.. Aku touching sgt tau bila ingat2 balik.. But no worries babe! I will remember your birthday sampai bila bila sama mcm aku ingat tarikh bersejarah aku tu.. :'(
Unknown said…
sabar.. jangan bersedih.. setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.. cheers..
iamryne said…
Menangi set peplum percuma dengan menyertai contest kami..

more details
visit our facebook page
https://www.facebook.com/YourFancyoutfit?ref=hl
Unknown said…
Sabar semua itu ujian,allah sedang menguji seberapa besar hambanya punya kesabaran,met mlam n salam kenal..

Popular Posts