GLNV Part 1 - Journey to Japan

Salam.

Hai korang! Semangat tau nak taip entry. Hari hari semangat, tapi bila dah on laptop, semua benda yang I dah create dalam kepala otak semua totally lost! Seriously I memang dah jadi super pemalas nowadays. Kan past few days banyak benda nak settle kan. Tu yang nak tengok blog pun cam dah malas jek tu. 

Tapi apa pun, blog ni jugak maha penyimpan segala rahsia, segala cerita. So I takkan lepas kan peluang kali ni untuk I share the stories about what have I done here. For your information, now I ada dekat Hokkaido, Japan. I ada dekat sini for four months. Eh, tak silap I kan dah pernah story kan? Haaa.. sapa yang lupa tu, meh check kat SINI

Haha, lupa lak. Since I ada kat sini kan, uolls tau tak yang I sangat surprise sebab suddenly my blog dah bertukar ke http://nurulchumel.blogspot.jp/ . Kahkahkah! Siap dengan url blog auto-changed. Perghh, I ingat blog sape lah sesat ni. Rupanya blog I sendiri rupanya. Ciskek betul! HAHA!


Oke, thats it. Jom back to the main story. Actually I was arrived here on the 2nd December 2013 which is yesterday. But, semalam memang dah totally jet lag, so I was decided to wrote all this tonight. According to the title above, entry ni will keep continuous until I balik Malaysia nanti. So, I akan story macam macam pasal Japan ni selama 4 bulan I berada di sini. 

I datang sini bukanlah purposely untuk bergembira hokey. I datang untuk bekerja dan ambil experience baru bekerja di tempat orang. Alhamdulillah, Mr. Ben Quah (my dearest Resort Manager in The Majestic Malacca) was gave me this opportunities to come and experience all this thing. Mungkin rezeki I untuk timba ilmu lebih sikit supaya boleh share dengan kawan kawan bila I balik Malaysia nanti. 

Oke. Perjalanan ke The Green Leaf Niseko Village ni mengambil masa lebih kurang 18 jam travel time to exactly reach the hotel. Bermula dari Kuala Lumpur International Airport, my flight pukul 10:50pm waktu Malaysia. Thanks kepada family, saudara mara, kawan kawan dan yang tercinta sebab sanggup hantar I sampai airport dan tunggu sampai I depart. 






And.. I was met Edwina, my colleague from YTL Travel Centre for the very first time. Sorry, gambar kat airport tak sempat nak amek, sebab masing masing dah buat drama airmata dengan family masing masing. Kihkihkih! 

We are travelling together. We checked in and did the immigration check also together. Even tak pernah jumpa, tapi buat buat aje macam dah kenal lama. Flight yang company arranged untuk kitorang adalah Japan Airlines yang memang super kecik, super limited space, super tak selesa untuk perjalanan kami yang begitu panjang tu. Nasib baik kitorang fly malam. Walaupun tak dapat nak tidur sangat, tapi terpaksa la tido jugak sebab kat luar gelap dan semua orang tido. Sampai kat Tokyo-Narita Airport dah pukul 06:20 am. Checking by the Japan Immigration, and we got our ID!


Perkara first yang kitorang decided nak carik bila sampai airport ialah Prepaid SIM card. But unfortunately, Japan tak jual simkad hokey. Semua store yang kitorang singgah, semua kitorang tanya. But jawapan diorang still the same. Tak hado! Woi, time tu memang dah depressed habis la perasaan kitorang. Dah la penat, pastu nak carik simkad plak tak jual. Bila dah hampa tu, baru sedar yang I tak change currency lagi. For your info, siapa yang nak datang Japan ni, better korang change your currency dekat Malaysia siap siap. Sebab Ringgit Malaysia tak berapa familiar sangat dekat sana and diorang amek duit kita murah gila. So, I sangat menyesal sebab tak tukar awal awal hokey! Haa, lagi satu, ATM diorang pun memang haprak cam hampagas. I punya Debit Card siap tak boleh guna. Both Maybankcard VISA or CIMB MasterCard pun tak boleh. So terpaksa tukar dengan duit cash yang ada tu jela.


After that, kitorang terus check in for the next flight to Sapporo Chitose Airport. Then waiting for 10:00 am flight. Kali ni perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Sapporo. Flight kali ni kecil sikit berbanding flight yang first tadi. Japan Airline jugak, but maybe sebab Domestic Flight, so kecil sikit la. 


Sampai sana, kitorang memang lapar. So sementara tunggu coach yang bring us to the Niseko Village, kitorang pergi convenience store to bought some foods and drink for our lunch. Lapar gila kot. Sebab last kitorang makan masa dalam flight yang first tadi. Itu pun pukul 4 pagi. Sampai Sapporo dah pukul 12:30 pm. Ofkos la lapar. Ya, itu je yang I makan. Alas perut sebelum sampai ke resort.

Our coach sampai tepat pukul 1:50 pm. Untuk sampai ke Niseko Village, ia mengambil masa lebih kurang 2-3jam perjalanan. Sempat la snap gambar sikit untuk kenangan. Chewah! 






Bila sampai resort, jam baru pukul 4 petang. But, the scenery was just like 8 malam! Memang sangat surprised! Nanti I continued cerita pasal resort and my first night in Niseko Village pulak ye. So, tunggu jela next entry oke! Stay tuned! :')

Share the advertisement, and you will get paid. Click now for money! Yeeha!
Photobucket

Comments

Syera said…
bestnye dpt p sana even sbb keje. bole dpt byk pngalaman. nak2 4 bln lak tu en. nnti share byk2 pasal japan. teringin nk p sana. tp mahal kannn T.T
Anonymous said…
bestnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.........
nak baju baby dari jepun pls pls plsssssssssssssssss :D :D :D
Nurulchumel said…
@Syera

bleh tahan mahal la.. flight pegi balik even book awal2 pun nak dekat 5k seorng.. hehe
Nurulchumel said…
@Cik Puan Susy

hehe..nnt kite bajet ea nak beli baju baby size ape.. hehe..kimono baby nak?? hehe

Popular Posts