Bila dah sampai hotel, kitorang cam surprise sangat sebab suasana dah gelap gelita macam dah pukul 8 malam. Padahal waktu pada masa tu baru menunjukkan pukul 4.35 petang. Terus grab our luggages from the bus, tarik bawak masuk hotel. Sejuk gila hokey time tu. Kena berjalan kaki sikit sebab bus tak berhenti betul betul depan hotel. So, dengan bag yang besar tu, kitorang redah je. Masuk hotel, terus jumpa orang orang yang berkenaan. Yang kitorang kenal cuma nama Ms. Aya (Front Office Manager) dengan Mr. Panch (Resort Manager). Yang lain lain baru berkenalan hari tu jugak.
Lepas dah settle semua, kitorang terus dapat kunci bilik, terus masuk bilik. Setting apa yang patut, dan perut pun mula lapar. Badan memang super letih. Sangat letih. Tambah meletihkan, esok nya dah terus kena start kerja. Ber-double double la letihnya.
Lepas dinner, terus mandi dan tidur dengan tak sedar dirinya. Fuhh, penat bukan main. After this I will continue the story about this Niseko area. Sebab so far setakat ni I takde pegi jalan jalan lagi dekat area ni. Tunggu offday nanti kot. Oke uolls! Stay tuned! Daaa... ~
Comments