Skip to main content
Permulaan kehidupan yang baru
Salam.
Hai korang! Berbulan bulan tak update blog. Busy menyesuaikan diri dengan kerja, kehidupan seorang isteri yang berkerjaya, menguruskan hal hal rumah tangga, walaupun belum ada rezeki lagi dikurniakan cahaya mata.
InsyaAllah, 1 June 2016 adalah last day I bekerja sebagai hotelier. Bukan I tak sayang kerja tu, tapi kerja tu buat I takde masa nak uruskan banyak hal. Dengan jadual kerja yang tak menentu. Kejap kerja pagi, kejap kerja petang, kejap cuti hari Isnin, kadang Jumaat. Itu belum lagi hari raya dan cuti cuti umum lain pulak. Orang lain cuti, berkumpul dengan family. Yang I ni siap siap nak pergi kerja. I tak nafikan yang I yang pilih jalan kerja tu dulu. Tapi bagi I, untuk wanita yang dah berumah tangga, kerja shift macam tu dah tak sesuai. Biarlah husband I sorang kerja ikut shift. At least boleh jumpa dia hari hari. Macam sekarang ni, I kerja pagi dia kerja malam. Jumpa pun masa dia balik kerja dan I nak pergi kerja.
Raaaaamai yang advice I supaya jangan berhenti sebab I kan boleh nak kata baru nak build up hidup jadi suami isteri. Banyak nak pakai duit. Tapi bagi I, rezeki Allah ada kat mana mana saja. Yang penting nawaitu. Solat 5 waktu, jaga aurat, dan jaga maruah suami. Tu penting untuk dapat keberkatan dalam hidup.
Tengok jela blog I ni. Takde kemajuan. Padahal blogger blogger lain yang sama sama up dengan I dulu dah jadik blogger famous amos dah. I je kat sini lagi sebab apa? Sebab kerja tak menentu. Maybe lepas ni fokus untuk up traffic blog ni akan lebih. Bukan lah I nak sangat dikenali. Tapi I nak tingkatkan kemajuan diri I. Bukan untuk orang lain, untuk diri I sendiri.
So, lepas ni jangan muntah ye kalau nampak blog I update every single days. Kahkah. Wallahua'alam.
Comments