Bersahur dengan Serunding Daging Pedas | Serunding Bonda by Teega

Salam dan Hi!


Dalam tak sedar, hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa di bulan Ramadhan tahun 2019 ni kan? Sekejap je masa berlalu. Tinggal lebih kurang 28 hari lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bila berpuasa ni, perkara yang paling penting adalah waktu bersahur. Sahur ni sangat penting ya untuk bagi preparation untuk alas perut kita dari lapar dan dahaga sewaktu kita berpuasa. 

Ramai yang tak berselera kan bila bersahur. Perasaan malas nak masak tu membuak buak rasanya. Macam aku juga la. Tapi sejak dah jumpa Serunding Bonda by Teega ni, kehidupan macam dah lebih mudah. Malam sebelum tidur dah siap siap masak nasi. Pagi esoknya tinggal makan dengan serunding je. Serius memang sedap dan mudah. Ada 4 flavor sedap. Tapi aku paling suka makan serunding daging pedas. Fuhhh, berselera makan! Tambah tambah kalau ada telur mata ke telur dadar sekali. Confirm hilang ngantuk korang.

Ada 4 flavour sedap! 1 pek ni 100 gram tau.

Serunding Daging Pedas

Serunding Ayam Pedas

Serunding Ayam

Serunding Daging



Harga satu pek ni hanya RM12 sahaja. Tapi kalau beli banyak, lagi banyak diskaun yang korang boleh dapat. Serius memang tak cukup pun kalau beli sepaket. Sebab sedap dan confirm korang akan repeat order! Boleh makan dengan nasi panas, pulut kuning, ketupat, lemang, nasi himpit, roti, maggi dan macam macam lagi. 

Jom order Serunding Bonda by Teega sekarang! Boleh makan waktu sahur nanti. ðŸ˜‹




Comments

Popular Posts