Sunday, January 2, 2011

Home » , , , , , , , , , , , , , » Welcome 2011!

Welcome 2011!

Salam All !~

hey korang. hari ni dah masuk hari kedua dalam tahun 2011. Semalam I tak sempat nak online. Online kejap je tengok approve comments. Pastu terus off then pergi kerja. Masa malam sebelum tu, I tak sempat nak online langsung. Sebab busy. hoho. busy lah sangat! KAHKAHKAH!

oke. Tahun 2011. semua orang mesti ada harapan kan? I pun ada wish list jugak untuk tahun ni. Tapi I punya pelik sikit. dah hari kedua baru nak list kan kotak harapan tu. takpe. takpe. Janji dalam tahun ni I akan buat benda tu. Tak la secara mendadak. Tapi sikit-sikit lah kot. 

oke. Untuk tahun 2010, takde apa yang I boleh kata. Sebab dalam tahun ni, tak banyak memories indah pun. Tapi dalam tahun 2010, I start kerja dengan Avillion Legacy Melaka. Even kerja hotel ni banyak cobaan, tapi diam tak diam, dah nak dekat setahun dah I kerja. Hasil dari I kerja tu, dapat lah I bayar duit kereta, duit broadband, pastu I dapat makan. cis! makan tak tinggal. macam mana lah nak kurus. asek makan jek!

oke. bawah ni, I dah listkan senarai benda yang I akan sempurnakan pada tahun 2011. Hujung tahun nanti, I akan list kan, yang mana yang I dapat, dan yang mana yang I gagal dapatkan. Yang penting, kahwin lambat lagi oke! InsyaAllah. doakan I tau!



 Handphone Nokia C3
 Perodua Viva
 Berat badan 60 kg
 Pasang ASTRO kat rumah sewa
 Sambung line Streamix kat rumah sewa
 Dapat kerja yang better and boleh pakai tudung
 Tak MC sepanjang tahun 2011
 Beli rumah 
 Sambung study peringkat Ijazah Sarjana Muda
 Famous kan blog sendiri
 Cash out RM 1K from Nuffnang
 Kurangkan bergaduh dengan Encik Bobo
 Dapat beli DSLR


Bila fikir-fikir balik, macam kelakar je wishlist I kan? tapi takpe. InsyaAllah. Doakan I dapat apa yang I hajatkan pada tahun ini. Semua orang perlukan kesempurnaan. Dan usaha itu penting untuk dapatkan kesempurnaan itu. Doakan I berjaya dapat apa yang I impikan ye korang! tata! :')

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™