Salam.
Dah lama tak keluar hangout. Petang tadi, Sidi ajak I keluar dengan Maybell. Ohh. I memang pantang di ajak. Agreed! Lagi pun, I tak pergi mana-mana pun sejak minggu lepas. Pergi kerja, balik kerja. ohh. bosan ya amat! Masa ada Kancil Biru dulu, langkah I memang panjang. HAHA! Padan muka! Patut lah duit selalu takde bila tiba tengah-tengah bulan! cis!
So lepas dah siap-siap, mamat dua ekor tuh call. Dah tunggu I dekat bawah. Kitorang terus gerak pergi Dataran Pahlawan. Jalan-jalan cari makan. Kebulur kot. Sebab dari pagi I tak makan apa-apa. Dah sampai dataran, singgah kejap beli Choco Top. Ni semua Maybell punya angkara. Dia yang stop dulu dekat kiosk Mc D tuh.
Kitorang merayau-rayau lagi. Carik tempat makan. Lastly, kitorang makan Nasi Ayam Penyet dekat Food Court Dataran Pahlawan. Lepas dah kenyang tuh, Sidi ajak pergi main bowling. I on je. Tapi Maybell pulak tak nak. Dia kata dia tak reti main. Tak minat katanya. Dia more prefer pada karaoke. So, kitorang pun pergi Karaoke.
Sejam je kot. Tapi rasa macam lama. Sebab tak feel langsung. Lagu-lagu stok tangkap muat jek. Sidi adalah orang yang bertanggungjawab merosakkan semua lagu yang kitorang nak nyanyi. HAHA! Tah apa-apa lagu kitorang nyanyi. Pakai hentam jek.
Daripada memekak, baik posing. Lagi syok! =.=
Lepas dah puas melalak, mula lah rasa dahaga. So, kitorang macam tak sah kalau tak carik Cool blog. Mula-mula, kitorang pergi carik dekat ground floor Mahkota Parade. Ice blended ada, tapi pearl dah habis. Kitorang suka ada pearl. Baru syok. Minum sambil kunyah-kunyah benda kenyal geli-geli tuh. Baru ada feel. So, kitorang tak puas hati. Maybell dengan penuh semangat, ajak kitorang pergi Dataran balik.
Sampai-sampai jek dekat kiosk cool blog dekat Dataran, pearl pun dah habis jugak. Hampa nya. :( Tapi kitorang tetap beli jugak. Psst! Depan kiosk cool blog dataran kan, ada kiosk Pratha lah! Hari tu Encik Bobo ada ajar I makan sweet crepe! Sedap! Macam makan Crepe Suzette pulak! HAHA!
Happy sangat lah muka tuh, dapat minum Cool Blog?
Dah dapat Cool Blog, Maybell pun terus hantar I balik. Esok kan I kerja pagi lagi. Lepas tuh, Jumaat pulak I offday. Yeay! Best! Ada siapa-siapa yang nak ajak I keluar meronggeng? Silakan contact I oke! Dah contact tuh, jangan lupa belanja sekali tau! HAHA! :)
Comments
mmg semuanya best! sebab tu kitorang buat semua sekali! :)
betul3!!~ :)