Salam.
#Entry ni di taip DUA minggu lepas, tapi baru publish hari ni. Ngee, sorry!
Hai korang. Oke today I nak story pasal holiday or trip yang baru berakhir dengan jayanya semalam. Tak sangka cepat nya masa berlalu. Sebelum bermula fasa busy period, I nak lalui fasa berfoya foya dulu. HAHA! Actually kitorang yang from Malaysia dapat 3 days off pada hari yang sama. Itu pun sebab ada school group from Japan datang check in. No FIT at all. So kitorang diberi peluang untuk pergi bercuti. So, masa yang diberi tu harus lah digunakan dengan bermanfaat ye dak?
Kitorang plan trip ni since first week kat sini lagi. Kitorang plan nak pergi Sapporo. So bila dah tiba hari nya, which is two days before, kitorang pun gerak la pergi Sapporo. Night audit staff, Yamashita-san yang hantar kitorang naik kereta. Perjalanan ke Sapporo dari Niseko mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kitorang gerak from Green Leaf pukul 9 pagi dan sampai betul betul depan lobby hotel lebih kurang kul 11.15 pagi. Bagus betul la orang Japan ni. Diorang memang make sure yang kitorang sampai dengan selamat.
Bila dah sampai hotel, kitorang pun register la. Bilik tak ready lagi, lagipun check in time kan pukul 3 petang. Kitorang simpan luggage semua, lepas tu baru kitorang start keluar jalan jalan. Semua tempat dekat Japan ni sangat safe tau. Korang jalan sorang pun takkan rasa takut sebab orang orang Japan ni jenis tak kacau orang. Kalau korang tertinggal barang berharga kat tempat public pun, takkan ada nya yang panjang tangan sebab masyarakat diorang sangat polite and honest. Ya, I sangat kagum, dan yang pastinya criminal cases diorang ofcoz la kurang.
Kitorang start berjalan melalui subway atau lorong bawah tanah. Oh ye. Sapporo memang banyak subway. Even dekat Tokyo pun sama. Ala, pendek kata semua bandar besar kat Japan ni memang banyak la subway. Then sepanjang jalan tu banyak sangat kedai kedai dan restoren yang membuatkan korang rambang mata. Banyak sangat kedai yang jual barang cute cute. Pasal harga, hurm.. I boleh kata yang everything kat Japan ni mahal. Takde yang murah nya pun. Currency diorang memang tinggi. But ada jugak some of the things yang murah berbanding Malaysia.
Berjalan menyelusuri subway, tiba tiba dah sampai dekat Sapporo TV Tower. Menara TV ni terletak betul betul bersebelahan dengan Odori Park. Tempat yang sangat sesuai untuk berposing sakan. Kalau snap gambar time summer season pun cantik. Tapi, bila dah dapat peluang time winter season pun dah bersyukur banyak dah.
Sapporo TV Tower.
Berjalan jalan lagi sampai ke Sapporo JR Station. Sebelum tu, kami singgah cuci mata ke H&M. Pergh. Kalau dah perempuan tu memang perempuan jugak kan? Pantang betul nampak perkataan SALE. Singgah kejap, tapi ada la dekat sejam jugak dok pilih baju dalam tu. Pastu nampak plak Drug Store. Memang tak lepas peluang la kan.
Kami pulang ke hotel dalam pukul 5 petang gitu. Suasana time tu memang dah gelap la kan. Sebab kat sini pukul 4 petang dah start gelap. Singgah Starbucks kegemaran. Beli mocha kejap. Terkesima sekejap sebab selama kat Japan ni tengok barang semua mahal mahal. Makan Mc D yang set Fillet o'Fish tu pun dah ¥730. Mahal gila. Tiba tiba sampai Starbucks harga satu cawan Hot Mocha cuma ¥475 jek. Padahal kalau change dengan Malaysia currency sama jek lebih kurang RM 15.
Bilik hotel ni memang selesa, besar dan bersih. Walaupun harga satu bilik ni baru je ¥6,500 ataupun bersamaan RM210.00 sahaja. Murah kan? Kitorang dapat bilik yang super lawa. Tidur pun selesa je. Kemudahan semua lengkap, wireless pun free. Hai, memang kalau ada comment form, dah bagi five star dah.
Malamnya, kitorang pergi dinner jalan kaki je. Ikut jalan yang kitorang lalu siang tadi, tapi ada lain sikit. Kitorang try ikut jalan yang tak pernah lalu. Almaklumlah, nak datang sini 10 tahun sekali pun rasanya payah kot. So, gunakan masa yang ada. Untuk dinner, kitorang try Healthy Fried Rice with Crab. Minum Hot Green Tea je. Pergh, rasa dia? Memang super healthy! Takde rasa hokey! Tak masin langsung. So, kitorang mintak pepper powder pastu makan dengan soy sauce. Bhahaha!
Balik hotel dah pukul 10 lebih, so time for sleep! Tido dengan tenang sebab masing masing dah sakit kaki, lenguh badan semua lengkap. Esok nya kitorang bersiap dan check out betul betul pukul 11 pagi. Sambung lagi perjalanan. Kali ni kitorang nak naik train balik ke Niseko. Tapi dalam perjalanan tu, singgah kejap jalan jalan dekat Otaru. Otaru ni bandar kecil je. Ala, lebih kurang macam bandar Muar la. Tapi harga barang barang dia lebih kurang murah sikit la. Everywhere kitorang jalan kaki. Memang puas hati, tapi super duper penat la.
Dari Otaru, kitorang amek train ke Kutchan. Pekan yang berdekatan dengan Niseko. Kitorang amek train pukul 4.50pm. So untuk sampai ke Kutchan mengambil masa dalam 1 jam setengah perjalanan. Sampai ke JR Kutchan Station, kitorang singgah Co-op Supermarket untuk beli barang keperluan dan stok makanan.
Tengok culture diorang. Sangat suka dengan konsep guna pakai barangan terpakai. Beg plastik kalau nak kena beli. Tapi diorang ada sediakan kotak, so senang la kita nak pack barang barang yang kita beli tu. Tak payah nak ber-plastik plastik bagai. Siap sediakan selofan tape lagi tau. Memang sangat smart.
Dah settle semua urusan membeli belah, kitorang terus tahan teksi. Balik rumah kitorang naik teksi sebab barang sangat banyak dan tak larat lagi nak berjalan kaki.
Nanti I sambung lagi story sepanjang I kat sini ye. Banyak benda nak story, tapi macam takde masa sangat nak mengarang entry. Oke stay tuned!
Untuk baca entry sebelum ni, sila la klik link bawah ni yek!
Share the advertisement, and you will get paid. Click now for money! Yeeha!
Comments