GLNV Part 5 - Off day and off to Kutchan Town

Salam.

Hai korang! Sementara tengah ada mood nak menaip ni, baik I update sikit apa yang I buat hari ni. Hari ni I off day. Setelah sekian lama takde off, finally I dapat off. Sangat gembira! Tapi esok kerja. Harap maklum. 

Oke. Bila dah off day ni kan, ofkos la dalam kepala otak nak pergi shopping. Memandangkan stok makanan pun dah mula berkurangan, so mari kita membeli belah! Tak pergi mana pun. Just pergi Kutchan je. Kutchan ni kira macam bandar kecil yang terhampir dengan Niseko Village. Kat situ jugak la ada train station untuk memudahkan pelancong ke daerah luar such as Otaru, Noboribetsu, Sapporo, dan macam macam daerah lain la dalam Hokkaido ni.

So, pagi pagi dah bangun. Bersiap siap terus ambil staff bus pukul 07.58 am ke Green Leaf. Sampai hotel, ofkos la pergi breakfast dulu. Baru la ada tenaga nak bershopping kan? HAHA! Lepas breakfast, terus pergi depan lobby tunggu bas pukul 09.03 am ke Kutchan. Senang hidup naik free shuttle. Pergi kosong, memang la boleh naik bas. Huhu, tunggu balik kang. Ehem!

Sampai Kutchan baru pukul 09.30 am. Ada masa lagi 30 minit untuk tunggu Co-op Mart buka. So, sambil tunggu sambil cuci mata pergi tengok kawasan sekeliling tu. Wah, macam macam kedai yang buka seawal 09.00 am. Salah satunya ialah kedai ¥100. Best kedai ni. Ada dekat lorong depan train station. Sebelahnya pulak ada Gift Shop. Masuk jap kedai kedai ni cuci mata. Hehe. Dalam kedai ni la I beli Chocobi Shin Chan dengan biskut choc Doraemon. Sangat cute!

¥100 Shop

Gift Shop

Chocobi, Dorayaki dan Biskut Choc Doraemon.

Dah setel cuci mata, now its time for shopping. I terus masuk Co-op. Bahagia nya dapat shopping sorang sorang tanpa gangguan. Pusing pusing, cuci mata, beli beli, tak sedar pulak dah nak dekat pukul 13.00 pm. Gila betul kan perempuan kalau shopping? Start pukul 10.00 am sampai pukul 13.00 pm. Haa, kira la sendiri berapa jam I bershopping? Hadoiii. Haha!

Bila tengok trolley tu macam dah penuh je, baru la carik kaunter nak bayar. Perghh, boleh tahan banyak ye saya bershopping hari ni. Hameekk! Nasib baik takde sapa teman. Kalau tak, memang mati kena bebel. Dah la lama, lepas tu banyak pulak tu. Tapi itu nama nya kepuasan. Kepuasan yang sangat menggila. 

Keluar dapat mart tu, terus pergi carik taxi. Tak sanggup la nak naik bas dengan barang yang serba berlambak tu. Sebut je Higashiyama Sanso, taxi driver tu terus oke. Masukkan barang dalam taxi, lepas tu terus balik. Dan selamat sampai rumah dengan jaya nya!

Malam ni saya nak masak sebab dah ada raw items untuk di masak. Yang tak boleh blah, boss a.k.a Resort Manager I, Mr. Panch tu pun nak datang makan jugak. Hadoii. Masak asal boleh ajela. Kihkihkih! Oke, stay tuned ye. Nanti ada story best, I update lagi. Challow!

Untuk baca entry yang sebelum ni, sila klik link di bawah ya!


Share the advertisement, and you will get paid. Click now for money! Yeeha!
Photobucket

Comments

Kak Mahh said…
Salam kenal...kerja disanakah?

Popular Posts