Review - Nur Kasih The Movie

Salam.

Seriously. I tengok filem ni dengan emosi membuak-buak. Dan pastinya kerana keinginan I untuk menonton filem ini bersama yang tersayang telah dimakbulkan. Petang tadi, (Selasa) 24 May 2011 , pukul 2.30 petang I telah pun menonton filem Nur Kasih The Movie. Even agak lambat (5 hari lambat dari tayangan hari pertama), I tetap nak tengok cerita tuh. 


Unsur-unsur moral seperti cinta, kasih sayang, keagamaan, sifat ingin membantu dan banyak nilai-nilai murni yang telah diserapkan. Terdapat juga beberapa gimik yang tak disangka, banyak membantu pengolahan cerita yang ingin disampaikan. Terdapat juga beberapa flash back scene dalam filem ini telah membantu penonton memahami mesej sebenar penyampaian filem ini.

Sharing a bit about this film..
Release Date
19 Mei 2011
Genre
Epic Drama
About
Di Pawagam 19 Mei 2011
Plot Outline
Setelah adam berjaya mendapatkan cinta nur..setelah aidil mendapat kepercayaan aliya..setelah sarah benar - benar insaf..apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta....nantikan Nur Kasih The Movie....
Starring
Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara Nasuha, Adik Ilyas Suhaimi
Directed By
Kabir Bhatia
Written By
Mira Mustaffa
Screenplay By
Mira Mustaffa
Produced By
Filmscape Sdn Bhd, Juita Viden Sdn Bhd, Primeworks Sdn Bhd
Filem ini sangat berjaya menyentuh hati wanita I. Even I tak mengalirkan airmata tatkala menonton filem itu tadi, but truly I sangat sebak kepada certain scene yang ditayangkan. Antaranya:
  • Ketika Adam berusaha mencari cincin Nur Amina di padang pasir.
  • Ketika Adam dan Nur Amina ditimpa kemalangan keretapi. Ketika Nur Amina tidak sedarkan diri. Menangis Adam merayu dan berdoa kepada Allah supaya Nur Amina selamat.
  • Ketika Mamat menyelamatkan Aidil ketika dipukul dengan geng Jamal hingga kepala Mamat dipukul dengan batang besi. Terasa sangat sakit! 
  • Ketika Nur Amina keguguran. Sangat sedih.
  • Ketika Adam sedang nazak dan sesak nafas.
  • Ketika Adam meminta ampun dari ibunya. Kata ibunya, "Adam anak emak. Dan tugas emak adalah untuk mendoakan kebahagiaan anak-anaknya. Walaupun ada sedikit terguris di hati, pada waktu itu juga lah mak ampunkan. Itu tugas mak. Mak tak sampai hati tengok anak emak pergi dulu dari emak.. "
Sangat sebak dan ingin menangis semahunya. Tapi airmata tak sampai nak mengalir. Mana tak nya, asyik melantak jek dalam wayang. HAHA! Lagipun I nak cover macho depan Encik Bobo. Kang dia ketawakan I kalau I terlebih emosi tengok wayang.

I tengok Nur Kasih The Movie di GSC Jusco Aeon Bandaraya Melaka. First time tengok wayang kat sini. =.='

Kami tengok yang pukul 2.30 PM punya tayangan.

Besh!

Adore him! Sangat hensem dan macho!

So for the conclusions, I sangat happy dan rasa berbaloi sangat tengok filem ini. Tak rugi langsung. I bagi 6 stars out of 5 stars. eh? boleh ke? HEHE! Korang yang belum tengok, cepat lah pergi tengok! Best gila wa cakap lu! Last but not least, sila hayati lagu di bawah ini. Sangat menyentuh kalbu. But before that, pause dulu lagu yang kat sidebar I ni oke. Jom layan!!!!

Photobucket

Comments

Anonymous said…
wahh, tak sabar mau tengok pulak. :)
ezy.fia said…
nk tgok jgkkk..
=(

Popular Posts