Skip to main content
Tips untuk memujuk lelaki yang merajuk
Salam.
Bagi korang wanita-wanita di luar sana yang sudah mempunyai pasangan, tak kira lah boyfriend ke, husband ke, tunang ke, kadang-kadang belum pernah mengalami situasi ini. Maybe pasangan korang tuh belum pernah merajuk kot. Tapi macam I, I dah selalu alami situasi ini. Macam sekarang nih. Encik Bobo sedang merajuk dengan I sebab I tersalah cakap dengan beliau semalam. Korang jangan ingat, mereka nih lelaki tapi mereka tak boleh merajuk. Kalau mereka merajuk tuh, mesti ada something tak betul lah tu yang kita buat and buat mereka touching.
So hari nih, I nak share sedikit tips untuk para pencinta jejaka sekalian. HAHA! Jangan gelak! I serious nih! Sila ambil perhatian oke.
#1. Biarkan mereka cool down dulu. Senang cerita, bila they all dah merajuk tuh, korang toksah nak pujuk-pujuk. Biarkan. Dalam 5 hingga 7 jam. Tu waktu paling ideal lah, Biar mereka rasa keseorangan. Biar mereka fikir yang mereka akan rugi waktu berharga bersama dengan kita. Tapi, kalau dah lebih dari tempoh tuh, they all still marah, try to call. Mana lah tau, mereka memang betul-betul marah. Atau, maybe kesalahan kita tuh besar sangat? Try tanya diri korang pulak.
#2.Berikan something yang membuatkan mereka happy. Kalau mereka suka coklat, bagi lah coklat. Tak salah kalau perempuan yang bagi coklat dekat lelaki. Coklat sememangnya menenangkan. Maybe lepas tuh korang akan berbaik semula.
#3.Jangan desak mereka. Kalau mereka merajuk sebab touching sangat dengan korang, korang jangan lah desak they all untuk terima apa yang they all tak suka tuh. Jangan lah paksa-paksa diorang untuk tak merajuk. Biarkan mereka merajuk. Kang dah lama-lama oke lah balik tuh.
#4.Senyum. Korang senyum jek bila diorang merajuk. Kadang-kadang, dengan senyuman pun boleh hilangkan perasaan marah diorang tuh. So, senyum jek depan diorang. Tapi jangan lah sengih melampau macam orang gila plak. Dah tau orang tuh merajuk, kang tak pasal-pasal dapat pelempang free!
#5.Minta maaf. Cara paling mudah sekali. Lelaki nih kadang-kadang tak perlu untuk dibelikan macam-macam. Hanya sebaris ungkapan maaf dah cukup untuk membuatkan hati mereka cair. Tak kira lah semarah mana pun mereka terhadap korang, namun sampai bila sangat lah mereka nak merajuk. Minta maaf. Dan berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan yang korang lakukan itu.
Bukan mudah untuk menyejukkan hati yang sedang luka, tetapi dengan secebis doa dan ikhtiar, pastinya hubungan itu akan kembali jernih. Sayang, maafkan saya. Saya memang selalu buat salah pada awak. Selalu sakitkan hati awak. Tak pandai jaga hati awak. Tapi percaya lah, hati saya hanya untuk awak. Dan awak jangan lah pernah berharap yang saya akan ada pengganti awak. Walau siapa pun awak, saya terima awak seadanya. Yang penting, awak sayang saya dan sanggup terima kekurangan saya. Thanks awak. Untuk cinta yang awak curahkan. Saya sayang awak!
Tips-tips di atas I share daripada pengalaman I. I tak ciplak daripada tulisan sesiapa. So, kalau korang nak copy, sila tinggalkan backlink ke entry ini oke.
Comments
wah!
bgus nya bf syieda tuh! :)
itu maknanya mmg dia sengaja carik sebab untuk putus. jgn sedih. Cari org lain yang boleh bahagia kan timak. sabar yea.. :))
Bole x bg idea. Ap yg ptot sha buat?
www.kedaihadiahonlineku.com