Skip to main content
Warkah cinta buatmu kekasihku
Salam.
Saat kau baca warkah ini, mungkin kau belum bisa memaafkan aku. Aku tahu, sesungguhnya sukar bagi dirimu memaafkan segala salah dan silapku. Hari ini, aku sekali lagi telah mengguris hatimu. Seperti selalu, kau tetap tenang walaupun pada zahirnya kau amat tersinggung dengan setiap butir perkataan yang aku luahkan.
Maaf wahai kekasihku, dengan titisan airmata ku ini, aku izinkan kau pergi untuk mencari penggantiku. Aku tahu, aku tidak layak lagi untuk dimaafkan. Pastinya kau terasa aku amat menghina dirimu. Padahal aku hanya bergurau senda dengan saudara-saudara perempuanku. Aku tidak bermaksud langsung untuk menghina dirimu. Sedikit pun tidak.
Kenangan bersamamu sering tersemat dikalbuku..
Setiap manusia pastinya ada kelebihan dan juga kekurangan. Aku juga sepertimu. Tidak lepas dari melakukan kesilapan. Aku juga punya kelemahan. Lebih teruk dari dirimu. Aku tahu itu. Aku ketepikan segala kelemahan kau. aku terima dengan hati yang terbuka. Tetapi kadang kala, perbuatanmu menyakitkan hatiku. Dan itu sering membuat aku untuk mengungkit segala kelemahan yang kau ada.
Aku tahu, kau sukar untuk menerima ungkapan maaf dariku. Tapi percaya lah bahawa aku sedikit pun tidak akan berpaling dari terus menyintaimu. Aku rela dicaci, diherdik, dihina asalkan kita dapat bersama.
Maafkan aku sekali lagi andai segala perbuatan dan pertuturanku ini sering membuat hatimu tidak senang. Aku terlalu rindu dirimu yang dulu. Yang sering berada di sisiku tatkala aku susah dan senang. Dikala aku kesepian dan perlukan kasih sayang darimu. Aku rindu segala-galanya tentang kamu.
Namun, andainya kau masih sukar untuk memaafkan ku, aku redha. Andai itu takdirnya, aku berserah. Dengan titisan airmata yang masih berlinangan ini, aku relakan kau pergi jauh dari diri ini. Sesungguhnya tangisanku ini adalah tangisan yang tidak akan aku lupakan sepanjang aku bergelar kekasihmu. Maafkan aku, Arief!
Noted : 2 May 2011 , 8:15 AM.
Comments
emiey pnah rasa situasi ni dulu. Mmg pedih :)
thanks dear. ;(