Hujan Airmata (T _ T)

Salam.

Aku menaip coretan ini dalam hujan. Disertakan dengan airmata. Airmata sendu yang tidak pernah difahami oleh sesiapa. Di saat ini, airmata ku deras mengalir. Sesekali aku menyeka dalam esak. Aku keliru. Benarkah aku sedang menangis? Bodoh nya aku! Memang aku sedang menangis. Apa lagi yang nak ku bidas?

Kadangkala, aku terfikir. Kenapa aku tidak diberikan nikmat bahagia macam orang lain. Sedari kecil lagi, aku rasa hidup aku sering derita. Masalah bertimpa-timpa. Aku jadi insan yang seakan tidak bersyukur. Walhal, Allah itu maha adil. Tapi aku rasa, diri aku sangat berbeza dari insan lain. Sangat malang!

Berkali-kali aku diasak oleh pertanyaan yang akan mengembalikan luka dalam hati. Kenapa aku diciptakan? Kenapa aku berada dalam dunia ini? Adakah sekadar untuk memenuhkan pelusuk alam ini tanpa ada sebab musabab yang sahih untuk diterima akal. Aku jadi kurang waras bila memikirkan soal itu. Sesungguhnya, soalan itu memang tiada siapa pun yang bisa menjawabnya melainkan Tuhanku yang maha satu, ALLAH yang maha esa.

Aku boros. Aku tamak. Aku tidak pernah membantu sesiapa. Hidupku hanya menyusahkan. Hadirnya aku dalam hidup seseorang itu hanya untuk menambah beban. Aku didatangkan hanya untuk mencipta sengketa. Aku hanya menyusahkan. Aku hanya menambah derita. Sungguh malang siapa yang menghampiriku. Ya. Baru aku sedar semua itu bila orang yang paling aku sayangi, sudah berterus terang sebegitu. Memang. Memang dia tidak pernah mengungkapkan. Tapi, dari kiasan bahasa yang diberikan, sudah cukup jelas untuk mendefinisikan itu semua. 

Tidak mengapalah. Aku tahu, sekarang waktu aku sedang susah. Aku miskin. Tiada harta. Memang sudah jadi lumrah hidup, yang miskin dipandang hina. Yang senang diagungkan. Hati aku sangat terguris. Rasa terhina. Aku tahu, Allah itu maha adil. Maha bijaksana. Hidup ini umpama roda. Kadang kita berada di atas, kadang kita berada di bawah. Semuanya pasti ada hikmahnya. Pasti ada pembalasan. Pasti hukum karma itu akan terbukti. 


Wahai hati, bersabarlah. Aku kini sendiri. Memiliki hati yang sudah pun remuk lantas hancur berkecai. Aku tetap diriku. Berbekal tekad dan sisa hidup yang masih ada, aku gagahi diri ini untuk melangkah. Hingga titik noktah yang terakhir. Ya, masih lagi keseorangan. Tanpa keluarga, tanpa insan tersayang, tanpa sahabat, tanpa sesiapa. Aku kini sendiri menanti detik terakhir denyutan nadiku. Degupan jantungku. Helaan nafasku. Aku pasrah. Terima kasih kerana memberikan aku suatu kenangan yang terindah sebelum aku dijemput oleh-Nya. SALAM.

Noted : 8.35AM , SATURDAY , 21 MAY 2011
Dengan titisan airmata, aku relakan kau pergi.
Photobucket

Comments

Unknown said…
org yg mudah mengalirkan airmata adalah org yg lembut hatinya...bukan chengeng tau.

Popular Posts