Cinta Buta | Dah jatuh tersungkur, baru nak terngadah!

Salam.


Tidak dinafikan bahawa cinta memang sebenarnya menyakitkan. Untuk bercinta, kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan yang datang. Macam-macam dugaan. Sama macam diri I sendiri. Berkali-kali menangis, meratapi betapa hebatnya penangan cinta. Tapi, kalau I sedih, takde nya I sampai tak makan. I lagi kuat makan! Itu Nurul.

Kelmarin, I dapat satu panggilan telefon. Nombor yang tidak dikenali. I pun jawab dengan selambanya. I tak sangka pulak yang call tu ex-boyfriend I. Dia tanya khabar I. HAHA! Maybe sebab dia dah tak boleh nak stalk FB I, sebab I dah block FB dia. 

Dia cerita dekat I, yang dia baru dapat tahu, yang girlfriend dia dah ada boyfriend baru. I macam nak ketawa. Nak gelak kuat-kuat! Guling-guling sambil cakap, "Padan muka! Padan Muka! Padan Muka!" tapi I tak sampai hati sebab yelah, orang tu tengah sedih-sedih, kau pergi gelakkan pulak. So, I dengar jelah cerita dia. 

Macam takleh blah sangat bila dia cakap, "My life was empty..." Bodoh! Pasal perempuan macam tu yang kau nak heran kan, memang bodoh lah kan. Dia still ada family, ada kawan-kawan yang ramai, so apa yang dia nak fikir sangat? Dalam hati I berbisik, "Dulu kau buat aku, ada kau fikir macam ni? Sekarang, rasakan!" 

Ingatkan korang. Hidup kita dalam dunia ni ada Hukum Karma. Setiap perbuatan yang baik tu, pastinya akan mendapat balas baik. Dan sebaliknya, setiap perbuatan jahat, jahatlah balasan nya. Kalau kau pandai buat orang, so kau tunggu jelah balasan yang akan menimpa nanti. Mungkin bukan on the spot. Tapi akan dapat juga dikemudian hari. Kebahagiaan bukan selamanya. Kalau bahagia yang dibina atas airmata seseorang, akan ada lah balasan untuk kau nanti.

Iklhas lah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan, ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Oleh itu, renungkan lah. Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat. 

Noted : 5 May 2011 - 12:17PM
Photobucket

Comments

Rara Farah said…
hehe..penah kene macam kamu jugak...dye curang then cari kite balik...cite gf dye camtu2 la...ade kite kesah...hahaha
Nurulchumel said…
@Rara Farah

tulah..sesungguhnya balasan tuhan tu maha tepat!
haha. nak gelak jugak :D


biar orang buat kita macam tuh. jangan kita buat orang.
satu hari dia pasti akan dapat balasan ;))
emieysandra said…
itulah pembalasan Tuhan, meh nk cakap padan muka jugak la..huhu
Nurulchumel said…
@Puteri Iqa Izyan

betul tu!
doa2 lah kita dijauhkan dari melakukan perkara tersebut yek.. ;)
Nurulchumel said…
@emieysandra

hiks3!!
nak gelak, tp takut jd balik kat I.
takuuuuttt.. :p

Popular Posts