Tips untuk memujuk lelaki yang merajuk

Salam.



Bagi korang wanita-wanita di luar sana yang sudah mempunyai pasangan, tak kira lah boyfriend ke, husband ke, tunang ke, kadang-kadang belum pernah mengalami situasi ini. Maybe pasangan korang tuh belum pernah merajuk kot. Tapi macam I, I dah selalu alami situasi ini. Macam sekarang nih. Encik Bobo sedang merajuk dengan I sebab I tersalah cakap dengan beliau semalam. Korang jangan ingat, mereka nih lelaki tapi mereka tak boleh merajuk. Kalau mereka merajuk tuh, mesti ada something tak betul lah tu yang kita buat and buat mereka touching.  

So hari nih, I nak share sedikit tips untuk para pencinta jejaka sekalian. HAHA! Jangan gelak! I serious nih! Sila ambil perhatian oke. 

#1. 
Biarkan mereka cool down dulu. Senang cerita, bila they all dah merajuk tuh, korang toksah nak pujuk-pujuk. Biarkan. Dalam 5 hingga 7 jam. Tu waktu paling ideal lah, Biar mereka rasa keseorangan. Biar mereka fikir yang mereka akan rugi waktu berharga bersama dengan kita. Tapi, kalau dah lebih dari tempoh tuh, they all still marah, try to call. Mana lah tau, mereka memang betul-betul marah. Atau, maybe kesalahan kita tuh besar sangat? Try tanya diri korang pulak.

#2.
Berikan something yang membuatkan mereka happy. Kalau mereka suka coklat, bagi lah coklat. Tak salah kalau perempuan yang bagi coklat dekat lelaki. Coklat sememangnya menenangkan. Maybe lepas tuh korang akan berbaik semula.

#3.
Jangan desak mereka. Kalau mereka merajuk sebab touching sangat dengan korang, korang jangan lah desak they all untuk terima apa yang they all tak suka tuh. Jangan lah paksa-paksa diorang untuk tak merajuk. Biarkan mereka merajuk. Kang dah lama-lama oke lah balik tuh.

#4.
Senyum. Korang senyum jek bila diorang merajuk. Kadang-kadang, dengan senyuman pun boleh hilangkan perasaan marah diorang tuh. So, senyum jek depan diorang. Tapi jangan lah sengih melampau macam orang gila plak. Dah tau orang tuh merajuk, kang tak pasal-pasal dapat pelempang free!

#5.
Minta maaf. Cara paling mudah sekali. Lelaki nih kadang-kadang tak perlu untuk dibelikan macam-macam. Hanya sebaris ungkapan maaf dah cukup untuk membuatkan hati mereka cair. Tak kira lah semarah mana pun mereka terhadap korang, namun sampai bila sangat lah mereka nak merajuk. Minta maaf. Dan berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan yang korang lakukan itu.

Bukan mudah untuk menyejukkan hati yang sedang luka, tetapi dengan secebis doa dan ikhtiar, pastinya hubungan itu akan kembali jernih. Sayang, maafkan saya. Saya memang selalu buat salah pada awak. Selalu sakitkan hati awak. Tak pandai jaga hati awak. Tapi percaya lah, hati saya hanya untuk awak. Dan awak jangan lah pernah berharap yang saya akan ada pengganti awak. Walau siapa pun awak, saya terima awak seadanya. Yang penting, awak sayang saya dan sanggup terima kekurangan saya. Thanks awak. Untuk cinta yang awak curahkan. Saya sayang awak!

Tips-tips di atas I share daripada pengalaman I. I tak ciplak daripada tulisan sesiapa. So, kalau korang nak copy, sila tinggalkan backlink ke entry ini oke.
Photobucket

Comments

ieda =.= said…
wow tips yg baek. tp bf syieda jns jgn bia 5jam nurul. kang lg die pns. hukhuk. pnh wat call 78x. erajuk punya psal.. haha masuk ke 79x die jawab ajak date. bertuah..haha
Nurulchumel said…
@syieda

wah!
bgus nya bf syieda tuh! :)
Anonymous said…
bf timak..krg nie mrjuk sngt...4 hr dh tk nk jwb n x msj timak..timak rndu kt dia...timak dh pjuk..tapi ttp cm tu jgk...apa timak nak bt???dia say dia dh ada gf bru sdngkn kmi bru je gduh..em....
Nurulchumel said…
@Anonymous

itu maknanya mmg dia sengaja carik sebab untuk putus. jgn sedih. Cari org lain yang boleh bahagia kan timak. sabar yea.. :))
aishah eisha said…
bf sha ny tngah mjok sbb jeles sha ckp dgn laki len. . Msj ta reply. . Nk kol tkot lha plak. .
Bole x bg idea. Ap yg ptot sha buat?
Yayan said…
sgt berguna. bleh try klau hubby mrajuk nih. heheh...
Yayan said…
sgt bes. bleh cuba klau hubby mrajuk nih. heheh...
aslamiah said…
Tips yg menarik..nk cuba lh tuk pujuk bf yg tngah mrajuk..thanks nurul 4 d tips
aslamiah said…
Tips yg mnarik..thankz nurul 4 d info
aslamiah said…
Tips yg menarik..nk cuba lh tuk pujuk bf yg tngah mrajuk..thanks nurul 4 d tips
Unknown said…
Dah try tapi still merajuk lagi :(
Icha Ruslee said…
bf kita tak suka menunggu and pantang kalau keluar tk bg tau. haritu dia merajuk sbb kita kluar dgn cousin terlupa bgtau dia. dia pun tunggu text kita lama..kita pujuk2 tetap merajuk. then tak reply text. lama kita tunggu. bila kita call dia, rupanya dia keluar gi mkn dgn member. last2 kita pulak merajuk sebab dia keluar tk bg tau. jenuh dia nak memujuk kita pulak
Icha Ruslee said…
bf saya jenis tk suka menunggu and pantang kalau keluar tak ckp. stu hari tu saya keluar dgn cousin. lupa nk ckp dgn dia. dia merajuk gila. saya pujuk tetap taknak balas text. bila call tanya kat mana, rupanya dia keluar mkn dgn kawan. last2 saya yg merajuk sbb dia pun keluar tk bg tau. tapi beria merajuk dgn saya. dia pulak jenuh nak pujuk
DeYanti Gift said…
memang susah nak cari hadiah untuk lelaki. tapi takpe saya ada banyak koleksi hadiah yg sesuai utk dihadiahkan pada lelaki. salam singgah disini :)

www.kedaihadiahonlineku.com
Unknown said…
Hai sis...Selamat petang hehe...Hari ni gaduh dgn boyfie...tp tk tahu nak pujuk dia...(Rindu punya pasal la ni ehhehe) Bukan 1st time bercinta...but still tk thu lelaki merajuk hahaha,,,sbb td sya yg mulakan perbalahan tu huhuhu..now im regret it.. :( Lps makan , search "Macam mana pujuk lelaki yang sedang merajuk?" haaaaaaaaaa :D Terus jumpa blog sis heheheh...Thank God..and sis tips too...saya ikut semua tips sis...and kami dh berbaik lagi heheheh...God bless you sis...harap-harap di masa akan datang., nak refer tips - tips cinta lain dri sis. Xoxo
Unknown said…
Merajuk lagi dia..dah seminggu diam xreply msg...dah byk dah send msg...dia dok jauh..ada cadangan tak?perlukah msg lg atau biar ja...
Cinta hati said…
Mcm mne plk klu dia block smua media sosial kita?? So kita x boleh nk pjuk dia.. Mcm mne cara nk pjuk dia blk?? Mohon pendapat??

Popular Posts