Decide to attend Ayu's wedding

Salam Reader's!!~

u alls. kejap lagi i nak packing barang. esok i dah nak gerak pegi Kuala Lumpur. dah lama sangat rasa nya i tak jejak kan kaki kat sana. padahal dulu i duduk kat sana. sekolah semua kat sana. bila dah habis sekolah, futher study kat Johor Bahru. Kerja pulak kat Melaka. banyak merantau betul lah si Nurul nih. 

actually, i nak pergi sana ni bukan untuk berjoli ye? dan bukan juga untuk berseronok. i datang sana untuk attend my friend's wedding..Ayu..click SINI untuk lihat Facebook beliau. jom tengok kad jemputan beliau. 

\

dah lama sangat dah rasa nya tak jumpa Ayu. lepas SPM, i terus masuk Politeknik. langsung tak jumpa beliau sampai sekarang. dan, ini lah masa nya i nak jumpa beliau. lepas ni, entah bila lagi boleh jumpa. beliau dah nak kahwin. dalam diam-diam. beliau ni senyap-senyap ubi berisi tau. tau-tau je dah tag kad jemputan hari tu.

ramai sungguh kawan-kawan baik i yang dah merancang perkahwinan. ada yang dah beranak dah pun. alhamdulillah. jodoh they alls awal. masa umur 30 tahun, anak dah besar. mesti best. 

hmm. i tak nak bandingkan diri they alls dengan diri i. sebab jodoh pertemuan di tangan Allah. sampai masa nanti, adalah tu jodoh. hahh. dah cakap pasal jodoh pulak dah. tak pasal-pasal jek.

i doakan untuk kawan-kawan i.. sama ada yang dah lama kahwin, yang baru kahwin, yang bakal nak kahwin dan yang lama lagi nak kahwin, semoga jodoh u alls kekal hendak nya. and make sure masa i kahwin nanti, u alls wajib datang oke? baru lah meriah. kawan i bukan sikit tau. meh i list kan jap ehh..

  • kawan sekolah tadika kemas taman sentul jaya, KL.
  • kawan sekolah kebangsaan sentul 2, KL
  • kawan sekolah agama KAFA, Gombak Selangor.
  • kawan sekolah kebangsaan kampung cheras baharu, KL.
  • kawan sekolah rendah agama kampung cheras baharu, KL.
  • kawan sekolah menengah agama Maahad Al-Islah, Teluk Intan Perak.
  • kawan sekolah agama menengah hulu langat batu 10 cheras, KL.
  • kawan politeknik johor bahru, Pasir Gudang Johor.
  • kawan akademi pelancongan melaka, Melaka.
  • kawan D'Subha Multi Industries, Bukit Beruang Melaka.
  • kawan Avillion Legacy Hotel Melaka.
  • kawan Facebook, Friendster, Myspace, Tagged.
  • kawan Blogger.
  • and the last one.. geng Beautiful Lilmonstah!


Ramai kan kawan i? u alls tau tak kenapa? sebab i memang suka berkawan. and i memang banyak cakap. siapa yang dah jumpa i,  they alls tahu lah i ni jenis yang macam mana. so, sudi-sudi kan lah diri u alls untuk berkawan dengan i. sebab kerana dirimu begitu berharga!!~

pesanan chumel;
blog i akan sunyi tanpa entry selama 3 hari.
hope u alls jangan rindu.
keep coming my beloved blog oke!!
(>;<)
Photobucket

Comments

Popular Posts