Nostalgia Aidilfitri

Salam Reader's~

u alls.
hari ini i berbuka seorang diri. memandangkan family cik ayu dah bertolak balik ke kampung petang tadi. sayu je rasa hati ni. mana tak nya, malam ni malam syawal. ya. esok hari raya. dan aidilfitri tahun ini telah memberikan i satu pengalaman baru. iaitu pengalaman berhari raya tanpa family di sisi dan juga pengalaman berhari raya seorang diri. ya. i admit yang i tengah sedih sekarang ni. i tengah menangis. 

kalau dulu, masa i belum bekerja, kalau time-time macam ni mama i selalu membebel kat i sebab i ni nama je anak dara, tapi pemalas. duduk kat rumah tak reti nak kemas-kemas rumah. esok dah hari raya pun duk melengkar kat dalam bilik. duk bergosip dengan adik beradik i yang lain. dasar anak dara pemalas. mama tak pernah penat membebel kat i.

lepas tu pulak, pagi raya. pagi raya i selalu malas sungguh nak bangun awal. mana tak nya, dah tak payah nak bangun bersahur. dan..mama akan start membebel lagi pagi-pagi buta. "dah raya nih..pun malas nak bangun awal! apa nak jadi ngan anak aku sorang nih?" masih terngiang-ngiang di telinga i setiap kalimah yang dihemburkan oleh mama. berlainan pulak dengan ayah. ayah memang tak banyak bersuara. tapi sekali beliau bersuara, semua kecut perut!


inilah dia mama dan ayah i. seburuk mana pun mereka, mereka tetap mama dengan ayah i. dan takde siapa boleh ganti tempat mereka di hati i. ya. kami bukan datang dari keluarga yang senang. kami orang susah. macam-macam perit getir yang kami lalui. namun, i tetap berdoa agar keluarga kami tetap bersatu walaupun dugaan apa sekali pun yang datang. banyak tohmahan dan caci maki yang i dengar. mengata family i. tapi i tak kisah. bagi i, ini family aku! 

adik beradik i. i adalah anak pertama dari 6 orang adik beradik. adik i yang pertama baru je habis diploma dari Politeknik Merlimau. beliau ambil jurusan Akauntansi. ini blog beliau. yang kedua pulak tengah study lagi di UiTM Seri Iskandar, Perak. beliau ambil jurusan Seni Lukis dan Seni Reka. cita-cita nak jadik fashion designer. i harap, tuhan makbulkan cita-cita beliau. ini blog beliau. yang ketiga pulak masih bersekolah. dah nak SPM tahun ni. tapi i tak tahu lah beliau boleh grab subjects yang cikgu beliau ajar tuh. cam blur-blur jek! beliau ambil jurusan automotif di Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat. then adik i yang keempat pulak dah nak PMR tahun ini. tapi memang pemalas tahap dewa bila suruh study. biasa lah, lelaki. hope beliau success. dan adik i yang last sekali baru form one. beliau lah harapan. sebab i takde adik lagi. dia yang terakhir. hope they all semua berjaya.

adik yang first!~

adik yang kedua!~

adik-adik yang ketiga, keempat dan terakhir!~

mereka semua family i. darah daging i. dan i takkan lupakan mereka sampai hujung nafas i. i sedih di malam raya ni. sebab tuh i taip entry pasal family i. i rindukan mereka. hope mereka pun rindukan i..!~

untuk my chenta hati.
sayang mintak maaf banyak-banyak sebab selama ni sayang banyak sakitkan hati b. tadi pun mood sayang tak berapa baik. sayang emosi. sayang marah b. sayang mintak maaf. b kena faham situasi sayang. sayang sedang bersedih. sayang harap b faham yang sebenarnya sayang amat perlukan b dalam hidup sayang. maafkan sayang.

selamat hari raya aidilfitri semua! maaf zahir dan batin dari seluruh jiwa dan raga i. i mintak semua halalkan makan minum dan ampun kan semua dosa-dosa i kat u alls semua. Salam Aidilfitri!~

psstt!~  u alls jangan lupa datang rumah i raya nanti ye!~ raya ketiga i dah ada kat rumah!~ yeay!!~


♥NuruLchumeL prOductiOns♥
 

Comments

intanurulfateha said…
jgn sedey
tu namenye pengorbanan ;)
Nurulchumel said…
@intanurulfateha

ye.pengorbanan yang i takkan lupakan sampai bila2!~

Popular Posts