Masalah Rumah Sewa Lagi?

Salam Reader's!!~

hey alls. I pening kepala sekarang ni. I dah usaha. Bukan I tak usaha. Kredit hand phone I dah berpuluh-puluh ringgit habis sebab call owner rumah sewa. Tapi setakat ni, I belum jumpa pun mana satu rumah yang akan I duduk. Ikutkan hati I, dah jumpa je rumah, I terus bayar, and stay. Tapi sekarang ni, I tak boleh nak pentingkan diri sendiri. I terikat. 

Hmm. I kena fikir orang lain. I bukan nak duduk seorang. I nak stay rumah tu berempat. Bila dah jumpa rumah, ada je problem. Hari tu, budak-budak ni dah jumpa dah rumah. Kawasan rumah tu oke. Luas, dekat ngan tempat kerja. memang puas hati lah kan. Tapi, mahal gila nak mammmmpssss... Duit yang kena laburkan masa first month je dah jejak RM2000+..boleh mati tercekik tuh!

Then ada pulak ari tu rumah nya oke. bilik sama besar. sewa pun oke. Tapi jauh pulak nak pergi kerja. Baik I duduk rumah makcik I. hmm.

Dua hari lepas, I dapat rumah dekat Tengkera. Rumah flat je. Rumah dia oke. sewa pun baru RM250. mana nak dapat. Bagi I, rumah tu dah cukup baik dah. Baru tingkat 2. Cantik la layout rumah tu. Tapi, masalah parking motor budak-budak ni pulak. haisyy. 


*senja-senja I cari rumah ni*

Hmm. tak tahu lah sampai bila lagi I kena mencari. I dah pening. Pasal rumah sewa ni, sesak fikiran I. Last choice. Kalau dah tak dapat sangat, I stay je rumah budak-budak hotel I. penat lah macam ni. Duit minyak, duit topup dah banyak habis semata-mata nak carik rumah ni. 

Apa pendapat u alls?..
I dah pening nih!!
Arghh!!!~~$^(*&^%$

Photobucket

Comments

Popular Posts