Skip to main content
Dear valued friend, I am SORRY!
Salam Reader's!!~
hye alls. I baru bangun tidur. haha. kelakar kan? I ni suka sangat taip entry lepas bangun tidur. Agaknya mesti u alls perasan kan? I memang selalu sangat taip entry di pagi buta. Semalam sampai-sampai rumah je, I terus bam atas katil. Kepala I berat sangat sebab dari siang lagi I dah pening kepala.
Semalam, I ada sedikit salah faham dengan kawan baik I. tapi I tahu, salah I jugak, sebab post ayat yang macam tu. Ada setengah orang boleh terima apa yang kita post, ada yang tidak. Semakin hari, semakin sensitif kan issue facebook ni. Dulu, maybe I boleh bergelak ketawa, bergurau senda, bertepuk tampar dengan beliau. Tapi sekarang, segalanya sudah berubah. :'(
I memang dah biasa gurau-gurau dengan kawan-kawan lain. I rasa simple je kot ayat yang I post tu. Dan I rasa, ayat tu tak lah serius mana pun. benda biasa. tapi rupanya beliau touching. beliau salahkan I. beliau kata kenapa I malukan beliau. padahal, sahabat mana yang tegar memalukan sahabatnya sendiri??
"Ala biasa la, dah lupa kawan.. haha.."
Itu sahaja ayat yang I post. tapi beliau kata I memalukan beliau. I tergelak sendiri. I tak faham. Apa benda yang beliau nak malu sangat. I tak buka aib beliau. I tak mention something yang memalukan pun? Pendapat u alls macam mana? Why not, beliau reply macam ni..
"Alahai..mana ada aku lupa. Busy la. Tak sempat nak contact korang.."
or..
"Mana ada aku lupa korang, korang tu yang lupa aku.."
hah. dah settle problem. before this, we alls bergurau lagi hebat dari tu. I lagi lah. kawan-kawan I gurau kritik depan-depan I lagi tu. I tak amek serius benda tu. sebab I tahu they alls nak bergurau. So, tak payah la nak take it seriously. Sebab bila kita dah berkawan, kita semakin rapat dengan orang tu. Kita dah tau orang tu baik ke jahat. Sampai ke hati I nak memalukan sahabat sendiri?or.. sanggup ke I nak membiarkan sahabat sendiri dimalukan?
Dulu...Susah senang hidup I dengan beliau. Makan semua benda yang sama. Cari kerja sama-sama. Buat itu ini sama-sama. Semua sama-sama.
Tapi sekarang...Beliau dah jauh. Tapi masih lagi dalam hati I. I rindu gelak tawa kami bersama. Maybe beliau tak tahu. I amat sayang kan pershabatan yang we alls bina setahun yang lalu. Walaupun tak lama, I tetap ingat dan akan kenang sampai bila-bila. U alls boleh baca entry I yang lepas ni. CLICK HERE.
.gambar hiasan.
.lagi gambar hiasan.
Friend.. maybe kau tak tahu yang aku sayang kau sangat-sangat. Engkau orang kedua yang aku sayang selepas bobo. Aku rindu saat-saat dulu. Bila kita sama-sama menjejakkan kaki ke bumi Jasin. Kau diletakkan sebilik dengan aku. Kita jadi kawan baik. Kemana-mana kita berdua. Perangai kita pun tak jauh beza. Kau baik, aku pun baik. Kau jahat, aku pun jahat. Mama aku pun dah anggap kau macam anak dia sendiri. Cuma aku yang tak berpeluang lagi nak datang ke bumi Perak. Untuk melawat keluarga kau. Sayang... jangan lah kau berkecil hati dengan perkara-perkara kecil macam ni. Kau bukan tak tahu, aku ni macam mana. Tapi, kalau kau masih berkecil hati, aku mintak maaf banyak-banyak. Aku sayang kau dari dulu, kini dan selama-lamanya. Aku doakan kau bahagia dan semoga kau gembira bersama dengan orang yang tersayang. Aku minta maaf!
U alls. maafkan I sebab buat entry touching hari ni. I betul-betul sedih. I dah anggap beliau macam adik beradik I sendiri. I takkan tergamak untuk melukakan hati beliau untuk kali kedua. Lepas ni, I takkan bergurau macam tu lagi. Maybe I akan bergurau dengan u alls yang lain. Tapi TIDAK dengan beliau. SUMPAH!
Comments
hmm. maybe dia ada prob.. :(
:)
haha.
I oke la..hehe.. :)
bila nak lepak ni??
oke.
I tak kisah pun..huhu..
thanks keen!