Stop Child Abuse!

Salam Reader's!!~

hey alls. This morning, I tergerak nak join apa-apa contest dekat Nuffnang. So, I tengok ada satu contest ni macam best je. Ini juga merupakan satu campaign actually. Stop Child Abuse! 

unicef

Actually, campaign ni dah lama dijalankan. Cuma masih ada lagi segelintir pihak yang masih tak sedar dan meneruskan kekejaman mereka terhadap kanak-kanak. U alls, tahu tak kanak-kanak tu adalah anugerah terindah. Setiap insan akan melalui zaman itu. Dan pastinya u alls juga melalui zaman tersebut.

Kanak-kanak seharusnya dididik dengan cara yang betul, bukan lah dengan cara kekerasan. Sebagaimana kita dahulu, mahu dididik dengan penuh kasih sayang, begitu juga mereka.


Terdapat 4 Jenis Penderaan Kanak-kanak yang dapat diklasifikasikan iaitu :-

A) Penderaan fizikal
  • Kecederaan fizikal (dari kecederaan ringan sehingga kecederaan teruk seperti patah atau kematian)
    • Disebabkan oleh tumbukan, tamparan, sepakan, gigitan, goncangan, campakkan, tikaman, tercekik, pukulan (menggunakan tangan, kayu, atau sebarang objek) ,atau apa-apa yang mencederakan kanak-kanak.
    • Dikenal pasti sebagai penderaan tidak kira sama ada penjaga berniat untuk mencederakan kanak-kanak atau tidak.
  • Tiada selalunya ada niat untuk menyakitkan atau menyebabkan kecederaan
    • Ia mungkin disebabkan dari tujuan untuk mendisiplinkan yang berlebihan atau hukuman fizikal
    • Gangguan dari tangisan bayi dan ketidakbolehan untuk mengendalikannya
  • Buli, dan "shaken baby syndrome" termasuk dalam penderaan fizikal

B) Penderaan Seksual
  • Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan dan memenuhi kehendak orang dewasa atau kanak-kanak remaja di mana mengikut umur atau perkembangan yang sepatutnya bertanggungjawab dan dipercayai. Ini termasuk:
    • Mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang bertentangan dengan undang-undang.
    • Ini termasuk eksploitasi komersial melalui pelacuran atau penghasilan gambar lucah
  • Setiap kanak-kanak berhak mempunyai seorang dewasa yang dapat menyayangi dan menyokong mereka untuk membesar

C) Penderaan emosi
  • Biasanya sukar untuk dibuktikan
  • Biasanya berlaku bersama lain jenis penderaan dikenal pasti
    • Memperkecilkan (termasuk kaki buli di sekolah)
    • Kerap mengenakan orang lain
    • Memperkecil dan memalukan
    • Menolak perawatan
    • Mengurung kanak-kanak seperti dalam almari gelap

D) Pengabaian
  • Pengabaian berlaku apabila kanak-kanak tidak mendapat keperluan asas yang diperlukan dari orang dewasa
    • Fizikal - (contohnya kegagalan untuk menyediakan keperluan seperti makanan, tempat perlindungan, atau kekurangan pengawasan untuk keselamatan yang sepatutnya)
    • Perubatan - (contohnya untuk menyediakan perubatan atau perawatan kesihatan mental)
    • Pendidikan dan penyeliaan - (contohnya kegagalan untuk memberi pendidikan atau memenuhi keperluan khas yang lain)
    • Emosi
      • Tidak memberi perhatian kepada keperluan emosi kanak-kanak
      • Kegagalan untuk menyediakan penjagaan psikologi
      • Membenarkan kanak-kanak untuk menggunakan alkohol atau dadah lain
    • Diambil kira nilai budaya, piawaian penjagaan dan faktor kemiskinan sebelum kes dilaporkan sebagai kes pengabaian.


oke. untuk info selanjutnya tentang penderaan kanak-kanak, sila klik link ini oke. --->> Penderaan Kanak-kanak Mengikut Konsep Akta Kanak-kanak 2001.

Menurut Seksyen 31(1) (a) Akta kanak-kanak 2001 yang mengenakan denda sehingga RM 20,000 atau penjara 10 tahun dan sebatan dalam kes dera.Sekiranya menyebabkan kematian kes akan dirujuk berdasarkan kes bunuh 302 Kanun Keseksaan, hukuman gantung sampai mati akn dilaksanakan. Jika bunuh tanpa sengaja, kes akan dirujuk berdasarkan Seksyen 304, Kanun Keseksaan dan hukuman penjara maksimum 20 tahun akan dilaksanakan.
So, untuk renungan u alls. Janganlah sesekali mengabaikan dan juga mendera kanak-kanak. Mereka ibarat kain putih. Tiada apa-apa contengan di atas nya. Kita lah yang wajar mencorakkan mereka. Samada cantik atau tidak corak itu, kita yang bertanggungjawab melaksanakan nya.

#this entry has been created to Nuffnang!
thanks for reading. =.=
Photobucket

Comments

Erma Fazira said…
saya pon da join unicef nih!!hrp2 symbol tgn kite ni dpt mbntukan?
Nurulchumel said…
@eR-FaZ

insyaAllah..
mudah-mudahan.. :)

Popular Posts