Skip to main content
3D2N Happy Weekend! -part 1
Salam.
Hadoih. Letih, penat, gembira, teruja semua dah combine jadik satu. Tapi paling kelakar, I belum sempat nak update belog ni lagi pun ada orang dah tak sabar nak baca. Thanks kawan kawan yang sentiasa memberi sokongan kepada I untuk teruskan blogging. Thanks korang!
Oke. Start cite pulak. Actually I dulu sekolah dekat Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Batu 10, Cheras, Selangor (SAMTEN) dari I form 3 to form 5. Then after my family and I berpindah ke kampung halaman, maka menjadi amat sukar untuk I berjumpa dengan kawan kawan sekolah, geng geng masa I dok hostel dulu. Siyes rindu gila dekat diorang.
So last month, one of my besties inform dekat I yang dia nak bertunang. So dia nak I datang. So I terus open leave form, terus apply cuti. Memang macam tu cara nak invite supaya I pergi. Kena bagitau sebulan awal. Sebab kalau bagitau last minute, confirm I berebut cuti dengan budak budak lain. I amek cuti 3 hari jek. Start Jumaat sampai Ahad. Dan esok I akan bekerja macam biasa. #bosannya!
Nak dijadikan cerita, bila I dah inform dengan diorang yang I nak attend engagement day tu, ramai pulak yang invite I untuk pergi majlis majlis yang lain. Dah alang alang ada dekat sana, so I amek kesempatan la untuk pergi semua tempat. Takde la semua tempat pun. Tapi most of the place yang I wajib pergi tu, I sempat pergi la.
I kerja overnight shift pada Khamis malam tu. That's mean I balik kerja pagi Jumaat pukul 7 pagi. Balik kerja je terus I membuta selama lebih kurang 2 jam. Pukul 10 pagi I bangun terus bersiap siap untuk gerak ke KL. Lebih kurang pukul 11 pagi I bertolak. Kenapa I gerak awak sangat? Sebab I nak pick up sahabat terchenta dekat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dia habis praktikal pukul 2 petang. Dengan perasaan tak tau jalan, I main redah jek, main teka ikut suka hati jek jalan nak pergi HKL tu. Memang ting-tong gila kepala otak time tu. Mata sembap macam panda. Tapi gigih teruskan perjalanan. HAHA!
Dalam pukul 2.30 petang, I dah selamat pick up Lydia. Dia ni bakal nurse tau. Untung la I ada kawan nurse. Boleh tolong tolong time emergency kan? HAHA! After pick Lydia, kitorang pun gerak terus ke Ampang. Contact lagi sorang kawan I, Fathen. Dia ni la yang sponsor tempat tidur I sepanjang percutian I kali ni. Dia guide I sampai rumah dia dekat Kampung Melayu Ampang. Dah macam pertandingan cari harta karun dah. Asek carik jalan sokmo!
Malam tu, kitorang berborak borak kisah zaman zaman sekolah dulu. Macam macam yang kitorang borakkan. Rindu pulak dengan diorang time taip entry ni. Hmm. Esok I sambung taip lagi oke. Dah penat, dah ngantuk. Kepala pening gila pulak tuh. Tunggu sambungan entry ni oke!
...to be continued!
Comments
most welcome syg!
:)