Come back sangat - Versi 2019

Salam dan Hi semua!

Psst! Maaf kata ganti diri dalam blog ini ditukar dari "Kita" ke "Aku" demi keselesaan penulis. Minta maaf kepada pembaca yang lebih berusia. Sedangkan dengan Allah pun kita ber"Aku"-"Engkau", apatah lagi manusia. Maaf sekali lagi ya! ;)

Lama betul aku tak update blog aku ni. Last aku update bulan Mac 2017. Pheww. Lama benor rasanya tak singgah sini. Boleh tak kalau 2019 ni aku nak buat come back? Ecehhh. Kau punya semangat tu suam suam kuku je Nurul. Tak yah nak acah acah sangat lah. >.< 

Jadinya sempena "come back" aku ni, aku nak bagitahu awal awal yang aku ada buat beberapa perubahan sikit dalam blog aku ni. Firstly yang paling obvious adalah kata ganti diri dalam blog ni. Rasa lebih selesa dan santai kot rasanya menaip dengan kata ganti diri yang biasa aku guna dalam kehidupan seharian. 

Bila dah masuk 30 series ni, aku selalu rindu zaman BBNU dulu. Haha. Zaman aku mula mula nak kenal social media. Mula mula aku start dengan Friendster. Zaman tu kawan kawan aku yang "ada ada" je yang ada Friendster ni. Sebab tak semua rumah ada internet. Nak connect internet dulu bukan nya senang macam sekarang. Berejam juga la nak tunggu line tu sambung. Pastu mula ada MySpace. Perghh, zaman tu ramai betul kenalan lelaki aku. Lepas tu Tagged. Dan diikuti dengan Facebook, Twitter dan seangkatan dengannya. Best masa dulu sebab takde netizen yang main kecam kecam ni. Kau tak kenal orang tu, tapi kemain ko membawang pasal dia. 

Takpe la, yang lepas tu biar la lepas. 2019 ni, aku nak move on. Banyak story yang aku tak share sangat kat blog ni. Tapi jangan pelik pulak kejap kejap aku update blog. Sebab kerjaya aku sekarang memang mengadap "socmed" je hari hari. 

By the way, let's enjoy the sharing. Yang korang rasa bermanfaat tu, jemput la kongsi. Thank youuuu! ;)

Comments

Popular Posts