Jom tambah duit raya dengan Dropship Serunding Bonda
Salam dan Hai!
Ada tak kat sini yang nak tambah side income untuk raya yang dah tak lama lagi ni? Al maklumlah, barang keperluan nak sambut raya semua nya dah mahal. Nak beli baju, tudung, kasut, beg, mekap. Haa, tu belum masuk yang kelengkapan rumah pulak. Langsir, cadar, kusyen baru. Lepas tu jangan lupa, kalau dah raya tu, confirm kena prepare duit raya juga nak bagi kat budak budak dengan family termasuk anak anak, mak ayah dan isteri.
Jadi, sempena nak sambut puasa yang dah tinggal tak sampai 2 minggu lagi ni, apa kata korang join Team Dropship Serunding Bonda. Takde yuran keahlian atau minimum order. Korang buat, korang dapat. Buat lebih, dapat lebih. Buat sikit, dapat la sikit. Yang penting, korang rajin dan niat nak tambah rezeki.
Serunding Bonda ni adalah merupakan resepi turun menurun yang diolah mengikut citarasa orang muda. Tapi tak semestinya orang muda saja yang boleh makan serunding bonda ni tau. Tak kira tua muda boleh makan.
Biasanya kita jumpa serunding ni setahun dua kali je. Masa Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban. Sedap di makan dengan ketupat, lemang, pulut kuning. Tapi sekarang hari hari dah boleh makan serunding. Boleh makan dengan nasi panas, roti, maggi, ada yang makan ratah gitu je! Sedap dia jangan cerita la. Sekali try, confirm repeat.
Serunding Bonda boleh didapati dalam 4 jenis flavour.
🐔 Perisa Ayam
🐂 Perisa Daging Lembu
🐔🌶 Perisa Ayam Pedas
🐂🌶 Perisa Daging Lembu Pedas
Jom join team Dropship Serunding Bonda! 😍
Produk makanan yang laku keras, senang jual sebab sedap dan ada sijil Halal JAKIM.
Berminat nak join, jom klik link 👇
Comments