Tuesday, May 31, 2011

Home » , , , , , , , » Cinta Honda Tak Berbumbung

Cinta Honda Tak Berbumbung

Salam.

Hai korang. Fuhh! Penat gila I hari ni. Kat hotel tadi busy dengan budak-budak sekolah. Ala, kan sekarang tengah school holiday period. So, memang time-time macam ni lah primary school dari Singapore nak datang buat rombongan sekolah kan. Pening kepala tengok budak-budak sekolah yang terlalu ramai dekat lobby area. Sakit mata ohh!

Actually I baru je balik dari jumpa Encik Bobo. Tadi beliau amek I balik kerja pukul 7 petang tadi. Terus hilang rasa penat I. Tak letih langsung tau tak. Lepas tu I pulak yang tanya dia letih ke tak. Mana tak nya, selalu sangat ulang alik dari Batu Pahat ke Melaka drive honda tak berbumbung dia tuh. Confirm penat punya lah!

I tak kisah oke. Ada bumbung ke, takde bumbung ke, jalan kaki ke, naik bas ke. Asalkan dia ada, I dah cukup gembira. Tadi lepas solat maghrib dekat Masjid Kampung Hulu, kitorang pergi dinner dekat Asam Pedas Hajjah Mona dekat Taman Kota Laksamana. Asam pedas paling famous dekat Melaka nih. Kalau guest I tanya location nak makan asam pedas, memang sini jek I suggest. Terbaikkkk!!!

Lepas dinner, I ajak dia pergi beli barang-barang keperluan I. Biasa lah, bila dah hujung-hujung bulan neh, barang semua habis. Bila dah shopink-shopink tuh, tak sedar pulak banyak pulak barang yang I amek. Dah siap bayar-bayar semua, kitorang nak balik lah. Sekali lagi kesayangan I cakap macam ni, "Sorry sayang, saya bawak motor jek. Honda takde bumbung.." Hmm. I kata, "Takpe, nanti kalau awak dah kerja, awak amek lah lesen kereta. Pastu boleh naik kereta.."

Sumpah I tak kisah. Bagi I, biarlah dia naik motor, cepat sikit sampai. Boleh cilok-cilok. Cuma kekurangannya, panas sikit lah then kalau hujan, memang lah basah. Tapi takpe. I tak kisah. I ada lesen kereta, dia ada lesen motor. Ngam lah tuh! InsyaAllah lagi beberapa bulan kereta baru I keluar. Tapi duit memang kena save habis-habisan lah kan. Yelah, nak senang, kena susah dulu. Takde lah sampai senang-senang sekarang, then dah kahwin nanti kitorang susah. 

Bak kata Mama I, "Zaman sekarang ni kak, susah nak dapat lelaki baik. Mama tengok, Arif tu lelaki yang baik. Selalu tolong mak ayah dia. Jangan lah kecewakan dia kak. Walaupun buruk mana pun dia, susah mana pun dia sekarang, kita tak tahu apa yang jadi akan datang. Kau jaga dia baik-baik kak.." Macam tulah yang mama I pesan pagi tadi. Mama I rajin jugak call I pagi-pagi, bagi ceramah free. Tapi sebagai anak, I kena dengar. Semua yang mama I cakap tu semuanya betul. Takde yang salah.

 
I admit. Kadang-kadang I memang keterlaluan. Ikutkan sangat perasaan marah I. Tapi I perempuan. Sifat nya memang selalu keanak-anakan. Selalu bertindak mengikut emosi. Tapi I bertuah sebab memiliki dia. Insan yang amat sabar dengan karenah I. Kalau dengan lelaki lain, mau nya I kena pelempang sedas dua. Mengada sangat. I bersyukur kerana masih ada yang sayang dan setia dengan I. Thanks awak! Thanks my almighty ALLAH! Hope cinta kami kekal sampai hujung nafas kami yang terakhir. 

*Air mata dah mengalir deras. Dah! Cepat lap Nurul! Tak macho lah nanges-nanges!*

I L Y S M 
 ARIEF 
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

6 Chumel(s) comment ヅ:

♥♥LiSsA♥♥ said... [Reply Here Bebeh!]

sooo sweet la cik nurul :)

semoga berbahagia.nnt kawen nnti jgn lupe jemput lisa. hik3

pssstt...asam pedas hajjah mona tu asam pedas claypot ke? lisa slalu ge asam pedas claypot . kan duk kota laksamana . heee

Cik Ezy said... [Reply Here Bebeh!]

moto pon ok pe..
kalo ade kete tp xbhgie buat pe..
yg pnting die baek..
dan yg pnting jgk hati..
kn kn kn..

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™