Hidup dan seterusnya...


Salam.

Lama tak update. Tiba tiba terasa rindu dan terasa nak update sesuatu sebelum I tidur. Entah kenapa malam ni macam macam yang I fikirkan. Tentang diri sendiri, kerjaya, family, masa depan, entah apa apa lagi la yang I fikir. Sampai bila dan di manakah pengakhirannya. 

Hari ni I kerja petang. Habis kerja pukul 11 malam. Housemate I ajak teman dia makan. Walaupun I dah rasa kepala I berdenyut denyut sejak dari tempat kerja, I teruskan jugak teman. Sebab I pun lapar. Then lepas makan jek kitorang terus balik rumah. Mandi, masukkan kain baju semua bagai dalam mesin, dan seterusnya I berada di sini. Mengadap belog kesayangan. Entah kenapa I rasa sayu sangat malam ni. Tiba tiba rasa rindu dengan semua orang. Terutamanya family I. I risau sangat. Risau, takut tak dapat jumpa mereka lagi. :'(

Sampai ke situ I fikir. Astaghfirullahal'azim. Kepala I masih berdenyut. Kadangkala tangkap sampai tak boleh nak tahan lagi. Ahh. I tak nak fikir apa apa. I mana ada penyakit. Tak mungkin I ada penyakit. Setakat penyakit kecil macam gastrik, batuk, demam, selsema tu memang la selalu. Tapi tak mungkin la I ada penyakit kronik. I kan sihat. 

Tapi.. andai kata suatu hari nanti I betul betul ada penyakit kronik, I nak mama sentiasa dengan I. I nak tengok muka mama sampai hujung nafas I. Kalau boleh, I tak nak mama pergi dulu dari I. I nak hidup terus kuat untuk keluarga dan orang tersayang. I percaya ketentuan dan qada' dan qadar. 

My heart, my love, my soul. - MAMA

Ahh. I dah banyak menceceh benda benda mengarut pulak malam neh. Tah apa apa tah. Taip entri sambil nanges nanges. Cengeng. Haha. Tapi I cengeng dalam hati jek. I tak nak menangis lagi untuk perkara yang merugikan. Dan I harap, suatu hari nanti I akan jumpa sebuah kebahagiaan sebelum I menutup mata. 

Don't forget to VOTE ME!
Photobucket

Comments

Mimy Aimi said…
jgnla sdey2 makcik;)chill!
Mimy Aimi said…
jgn la sdey2 makcik..chill!;)
Nurulchumel said…
@Mimy Aimi

eh.. macam kenal jek nama neh?
dah ada blog rupenya! :)

Popular Posts